FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raptai Penuh Sambutan Nuzul Al-Quran Berjalan Lancar


Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 


 March 27th, 2024  |  22:16 PM  |   4000 views

BSB

 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah akan diadakan pada Rabu malam Khamis, 17 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 27 Mac 2024 Masihi, jam 9.00 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah tahun ini ialah 'Al-Quran Pedomanku'.

 

Antara pengisian acara ialah pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah.

 

Majlis juga akan diserikan lagi dengan persembahan lima peserta terbaik hafazan bagi setiap kategori.

 

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran majlis, pagi tadi diadakan latihan penuh majlis berkenaan.

 

Hadir menyaksikan latihan berkenaan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB); dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Hadir sama, Setiausaha-setiausaha Tetap dan juga pegawai-pegawai kanan dari kementerian-kementerian yang berkenaan serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terlibat.

 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, dan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06