FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Startup673 : Meneroka Jalan Penyelesaian Dalam Bidang Penjagaan Kesihatan


Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 March 31st, 2024  |  06:57 AM  |   3845 views

BSB

 

 

Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penutup bagi Program i-Usahawan Startup673 : Fasa 1 - MOH Edition pada hari ini bertempat di Dewan Al'-Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Guru Ugama Tingkat 2, Awang Muhammad Khairunissa bin Haji Muhd. Zainin dan seterusnya sesi perkongsian pengalaman daripada wakil pegawai i-Ready.

 

Diikuti dengan tayangan video mengenai 'Recap' dan 'Highlights' sepanjang program dijalankan.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis dan penyampaian hadiah kepada para pemenang, diikuti dengan penerangan mengenai Startup673 : What's Next? yang disampaikan oleh Programme Director of Shell LiveWIRE Brunei, Awang Abdul Qawiem bin Haji Yacob.

 

Majlis penutupan 'Hackathon' berkenaan adalah bukti kerja keras, kreativiti dan inovasi semua peserta.

 

Para pemenang bagi Program i-Usahawan adalah 'The Youth' dengan projek 'Medical Training Hub' dengan projek mereka berkaitan dengan pangkalan data berpusat (centralised database) bagi pusat-pusat latihan sedia ada bagi menyediakan kursus latihan berkaitan kesihatan, dan 'Kalkulated Viktory / Solve' dengan projek 'One Stop Fix', iaitu platform inventori untuk pengurusan alat ganti, termasuk perkhidmatan pembaikan dalaman dengan menggunakan komponen boleh guna semula (reusable components) dan inventori (library) yang mempamerkan bahagian yang tersedia.

 

Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Semua pasukan yang menang menunjukkan idea inovatif sebagai calon yang layak untuk pembiayaan (seed funding) bagi memudahkan fasa seterusnya bagi projek mereka.

 

Sokongan kewangan berkenaan bertujuan untuk membolehkan pasukan-pasukan berkenaan mengembangkan dan memperhalusi prototaip mereka ke tahap implementasi.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengunjungi pameran yang dipamerkan oleh pegawai-pegawai i-Ready.

 

Program Startup673 yang disertai oleh seramai 60 perantis i-Ready dari Kementerian Kesihatan berkenaan merangkumi fasa 1 bagi projek 'Hackathon' yang telah bermula pada 19 Februari 2024 dan diadakan selama dua minggu.

 

Program berkenaan memberi peluang kepada para peserta untuk menjadi lebih kreatif dan meneroka kerja dalam bidang teknologi dan inovasi, sambil memupuk kemahiran teknikal mereka.

 

Cabaran yang diketengahkan dalam program berkenaan memberi penekanan kepada cabaran 'healthcare-oriented' dan berfikiran minda keusahawanan.

 

'Hackathon' bermula dengan Hari Terbuka bagi sesi suai kenal, penubuhan pasukan, dan perjumpaan dengan bakal-bakal penaja yang berpotensi, diikuti dengan bengkel yang khusus untuk 'builders' dan 'non-builders' bagi membuat persediaan program berkenaan.

 

Semasa fasa 'intensive hacking', setiap pasukan perlu menumpukan perhatian dalam membangunkan idea mereka dan pembentangan terakhir mereka.

 

Mereka diberi peluang untuk membentangkan idea-idea inovasi mereka kepada pakar-pakar yang terbabit, menerima maklum balas dan memberikan jalan penyelesaian kepada cabaran-cabaran di bidang penjagaan kesihatan.

 

Sepanjang 'Hackathon' dijalankan, sebanyak 14 pasukan telah ditubuhkan dan berjaya menyampaikan idea-idea mereka berdasarkan komposisi pasukan, inovasi, daya maju, 'market analysis' dan 'financial projections'.

 

Setiap pasukan menumpukan perhatian untuk menangani tujuh kenyataan cabaran pilihan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, termasuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, memajukan pendigitalan, meningkatkan pengurusan aset, mengoptimumkan latihan Basic Life Support (BLS), meningkatkan kebajikan kakitangan, memperkemas tindak balas bagi kes kecemasan, dan memperhalusi logistik untuk makmal pergigian.

 

Startup673 merupakan satu platform di mana inovasi bertemu dengan keusahawanan, memupuk persekitaran yang dinamik untuk mengembangkan idea-idea inovatif dalam memperkembangmajukan perniagaan.

 

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Kementerian Kesihatan, Shell LiveWIRE Brunei, The Brunei Economic Development Board melalui Darussalam Enterprise (DARe), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) yang menggunakan Brunei Innovation Lab (BIL) sebagai platform inovasi.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Dayang Siti Ajar binti Haji Yusop; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Khalifah bin Pengiran Haji Md. Ismail; Corporate Manager, Brunei Shell Petroleum (BSP), Awang Haji Jaafar bin Haji Awang Bakar; Pengarah Pembangunan Perusahaan di DARe, Dayang Norlela binti Suhailee; Deputy Chief Executive, AITI, Dayang Julianah binti Haji Ahmad; dan In-Country Value Lead, BSP dan Chairperson of BIL, Awang Haji Mohammad Amirul Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh; ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

Bagi maklumat lanjut mengenai Startup673, orang ramai boleh melayari laman sesawang  BIL atau melalui media sosial '@startup673.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06