FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menyemarakkan Nuzul Al-Quran


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 31st, 2024  |  07:06 AM  |   3879 views

BSB

 

 

 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, hari ini bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, di sini.

 


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 


Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian berserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

 


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh pegawai dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim, yang merupakan pemenang qari Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun 2023.

 


Kemudian acara disusuli dengan penyampaian derma kepada 19 orang anak-anak yatim Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 


Majlis juga diserikan dengan Ceramah Khas yang bertajuk 'Al-Quran Pedomanku' yang disampaikan oleh penceramah undangan, Penolong Kaunselor Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

 


Majlis seumpama ini merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya. Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06