FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM DPMM Berangkat Saksikan Sesi Pemilihan Pemain Bawah Umur 18 tahun


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC semasa berangkat tiba di Mini Stadium, Jerudong. |FOTO : PELITA BRUNEI : (Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 January 16th, 2017  |  10:13 AM  |   1194 views

JERUDONG

 

Ahad, 15 Januari.- Seramai 152 orang peserta terdiri daripada pemain bola sepak muda tempatan dari keempat-empat daerah mempamerkan potensi mainan masing-masing semasa berlangsungnya sesi pemilihan bagi pemain-pemain di bawah umur 18 tahun yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC.

 

Berangkat bagi menyaksikan sesi pemilihan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC.

 

150117 ASRI-12 DPMM

AKSI pemain yang mempamerkan potensi masing-masing.

 

Sesi pemilihan yang diadakan di Mini Stadium, Jerudong di sini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Pasukan Brunei DPMM FC, Steve Kean, jurulatih profesional yang pernah mengendalikan salah sebuah kelab liga perdana di United Kingdom bagi memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk menjalani latihan dan menimba pengalaman daripada beliau.

 

Walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya seramai 25 orang peserta sahaja berumur dari 12 hingga 18 tahun yang akan tercalon untuk mengikuti latihan sebanyak dua kali seminggu bersama jurulatih profesional tersebut nanti.

 

Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Pengurus Pasukan Brunei DPMM FC, Md. Ali bin Haji Momin menjelaskan sesi pemilihan tersebut dihasratkan untuk mencungkil bakat dan potensi pemain-pemain muda untuk memajukan dan meningkatkan potensi mereka.

150117 ASRI-1 DPMM

LEBIH 150 peserta terdiri daripada pemain muda tempatan yang berumur 12 hingga 18 tahun mengikuti sesi pemilihan.

 

Beliau seterusnya berharap akan ada lagi pemain-pemain daripada pasukan DPMM FC 18 tahun ke bawah ini diserapkan lagi ke skuad utama Pasukan Brunei DPMM FC seperti tahun sebelum nya.

 

"Seperti yang kita ketahui, tahun yang lalu seramai tiga pemain telah diserapkan ke skuad utama dan salah seorang daripadanya ialah Azim Izamuddin yang kemudiannya berjaya menjaringkan gol untuk skuad utama. Oleh itu, sesi pemilihan ini bolehlah dijadikan sebagai batu loncatan kepada para peserta yang ingin bermain ke peringkat yang lebih tinggi lagi," jelasnya lagi.

 

Namun begitu, ujar beliau, para peserta yang tidak terpilih untuk mengikuti pasukan DPMM FC 18 tahun ke bawah tersebut diharap akan lebih berusaha pada masa yang akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17