FacebookInstagramTwitterContact

 

Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>           Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding           >>           US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates           >>           Why A Deluge Of Chinese-Made Drugs Is Hard To Curb           >>           Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Institusi Pendidikan Swasta diseru tubuhkan Lembaga Pengarah


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Tahun 2017-2018. |FOTO : Ihsan Kementerian Pendidikan

 


 January 18th, 2017  |  09:17 AM  |   1273 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 17 Januari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyarankan agar setiap institusi pendidikan swasta menubuhkan Lembaga Pengarah masing-masing sebagaimana dalam Akta Pendidikan Penggal 210.

 

Pemilihan ahli lembaga yang bersesuaian dan terdiri dari pelbagai latar belakang ujar Yang Berhormat adalah sangat penting untuk memastikan sesebuah lembaga berfungsi dengan berkesan.

 

"Selain daripada berperanan dalam memantau pengurusan pentadbiran kewangan, prasarana dan hal ehwal guru dan pelajar, Lembaga Pengarah juga berperanan sebagai penasihat dalam merangka perancangan strategik dan hala tuju sekolah serta meneroka sumber kewangan bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pendidikan yang ditawarkan. Segala perancangan strategik tersebut hendaklah menjurus kepada pencapaian visi dan misi institusi," ujar Yang Berhormat pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan Tahun 2017-2018 berlangsung di sekolah tersebut di sini.

 

Menurut Menteri Pendidikan, lembaga pengarah juga bertanggungjawab dalam memastikan kadar risiko bagi mana-mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memudaratkan mana-mana pihak.

 

Kebajikan warga sekolah jelas Yang Berhormat perlu diambil kira dan tidak akan diabaikan dan ianya bertujuan bagi memastikan dan mengutamakan perhatian diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya bagi pencapaian para pelajar sekolah sentiasa ditahap yang tinggi.

 

Yang Berhormat juga mengambil maklum bahawa pencapaian lulus dalam Peniliaian Sekolah Rendah (PSR) Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan bagi tahun 2016 adalah ditahap yang membanggakan iaitu 88.8 peratus dengan pencapaian pelajar yang lulus gred A-C adalah 73.44 peratus dan seterusnya berharap pencapaian tersebut akan sentiasa dipertingkatkan tahun demi tahun.

 

"Seperti juga titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Guru kali ke-26 Tahun 2016, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus bekerjasama dengan Unit PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri dalam usaha meningkatkan pencapaian negara dalam PSR kepada kecemerlangan dan pada tahun ini (2017), sasaran pencapaian bagi gred A-C adalah 90 peratus. Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan dan semua sekolah swasta di Negara ini diharap akan menyumbang kepada pencapaian sasaran ini. Sehubungan ini, saya ingin menyeru pemimpin-pemimpin sekolah swasta akan dapat menyediakan dan mengaturkan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan membantu negara mencapai sasaran ini," ujar Yang Berhormat.

 

PR MOE 01A

UPACARA mengangkat sumpah bagi seramai 29 Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya berkata, sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kompetensi di dalam bidang literasi dan numerasi, yang mana dihasratkan akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka di peringkat seterusnya, Kementerian Pendidikan telah menghasilkan Piawaian Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Standard) bagi peringkat rendah.

 

Kementerian Pendidikan tambahnya juga sedang membuat persediaan untuk menyertai Program Penilaian bagi Pelajar-Pelajar Antarbangsa (Programme for International Students Assessment (PISA) pada tahun 2018 yang mana akan melibatkan pelajar berumur 15 tahun diseluruh negara termasuk sekolah-sekolah swasta.

 

"Program PISA menilai kompetensi pelajar berumur 15 tahun dalam Matematik, bacaan Bahasa Inggeris dan Sains setiap tiga tahun. Program ini memfokuskan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran 'Literacy dan Numeracy' iaitu dari aspek berfikiran kritikal, menyelesaikan masaalah dan berkomunikasi. Melaluinya kita akan dapat menilai sejauh mana pelajar-pelajar berkemampuan untuk menghadapi 'real world challenges," jelas Yang Berhormt Menteri Pendidikan.

 

Dengan itu tambah Yang Berhormat, adalah penting bagi pihak sekolah dan guru-guru menyediakan pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun pada tahun 2018 untuk menyertai program ini.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.


Seramai 29 ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa telah dilantik termasuk YangBerhormat Awang Ong Tiong Oh selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa.


Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dan disusuli dengan upacara mengangkat sumpah dan penandatanganan surat lantikan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Hwa yang telah disaksikan oleh tetamu kehormat Majlis.

 

Sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan Penggal 210, penubuhan Lembaga Pengarah atau Lembaga Tadbir merupakan satu keperluan bagi setiap institusi pendidikan swasta di negara ini.

 

Tempoh memegang jawatan sebagai ahli lembaga adalah tertakluk kepada yang ditetapkan dalam suratcara pengelolaan institusi pendidikan berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Institusi Pendidikan Swasta diseru tubuhkan Lembaga Pengarah

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17