Home > Bahasa Melayu
Brunei - Pakistan Kukuhkan Hubungan Dua Hala
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara yang menjadi kepentingan kedua buah negara.
January 20th, 2017 | 09:53 AM | 911 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 19 Januari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman petang ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.
Majlis berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.
Kunjungan hormat antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara yang menjadi kepentingan bersama serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam bidang keugamaan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Hal Ehwal Ugama
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]