FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan mengurniakan Anugerah Sword of Honour kepada 21775 Pegawai Kadet Raihana Samraa @ Lily binti Haji Abd. Rahman. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 January 20th, 2017  |  09:56 AM  |   1753 views

TANAH JAMBU

 

Khamis, 19 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 di Padang Kawad, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), di sini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

 

AMP SOV 13

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada 21771 Pegawai Kadet Wan Nurul Naszeerah binti Mohd. Zainal Abidin Ariff.

 

Sejurus keberangkatan, baginda berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan di bawah perintah Pegawai Perbarisan, Kapten Fadhlullah bin Haji Ismail.

 

Upacara kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dan seterusnya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah serta mengurniakan anugerah-anugerah bagi Pegawai Kadet Terbaik di setiap jurusan bagi Pengambilan Ke-15 Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB.

AMP SOV 23

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera kepada 51653 Pegawai Kadet Haji Asri bin Haji Awang Anuar.

 

Mendahului pengurniaan anugerah ialah Anugerah Pedang Kehormatan kepada 21775 Pegawai Kadet Raihana Samraa @ Lily binti Haji Abdul Rahman, berkelulusan Bachelor of Education in Physical Education dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan tertinggi kepada Pegawai Kadet yang dikurniakan oleh Kebawah DYMM dan merupakan simbol kecemerlangan terbaik secara keseluruhan bagi Pegawai Kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik dan fizikal dalam semua aspek.

 

AMP SOV 24

 

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada 21771 Pegawai Kadet Wan Nurul Naszeerah binti Mohd. Zainal Abidin Ariff berkelulusan Master of Public Health dari Universiti Yale, Amerika Syarikat.

 

Pegawai Kadet Wan Nurul Naszeerah menerima anugerah tersebut berdasarkan pada keputusan keseluruhan akademik yang progresif di sepanjang latihan kursus diadakan.

 

AMIRUL SOV 17

 

KEBAWAH DYMM berkenan merakamkan bergambar ramai bersama Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan berserta keluarga.

 

Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera dikurniakan kepada 51653 Pegawai Kadet Haji Asri bin Haji Awang Anuar, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berkelulusan Bachelor of Science (Hons) in Applied Physics dari UBD, pengurniaan anugerah ini adalah berdasarkan kejayaan beliau mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran Kemahiran Tentera.

 

Manakala penerima Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani ialah 51659 Pegawai Kadet (U) Muhd. Rusyduddin bin Haji Awang Bungsu, berkelulusan Bachelor of Arts in Environmental Studies dari UBD dan anugerah ini merupakan pengiktirafan berdasarkan pencapaian cemerlang Pegawai Kadet dalam latihan jasmani.

 

AMIRUL SOV 19

 

KEBAWAH DYMM berkenan beramah mesra bersama Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan berserta keluarga.

 

Seramai 29 orang Pegawai Kadet telah ditauliahkan hari ini, yang mana 12 orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB); enam orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai TLDB dan 11 orang Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

 

Upacara diteruskan lagi dengan tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' dari pasukan perbarisan diikuti dengan bacaan doa oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JA'MAAT), Leftenan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

 

190117 RIZAL23

 

KEBAWAH DYMM berkenan beramah mesra bersama salah seorang jurulatih.

 

Seterusnya, upacara diteruskan dengan Majlis Junjung Ziarah daripada pegawai-pegawai kadet yang baru ditauliahkan berserta keluarga.

 

Pada majlis tersebut, Baginda berkenan menerima pesambah bertemakan 'SAUTUN NIDA' yang membawa maksud seruan perjuangan dan semangat berkhidmat kepada negara dan bangsa.

 

Kebawah DYMM juga berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan Buku Perjalanan Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan.

 

AMIRUL SOV 7

 

UPACARA perbarisan berjalan lalu oleh Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 pada Upacara Sovereign's Parade.

 

Baginda juga berkenan menerima junjung ziarah daripada jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai Sekolah Pegawai Kadet termasuk beberapa pegawai tentera dari negara-negara sahabat sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

 

Upacara Sovereign's Parade adalah kemuncak latihan ketenteraan intensif yang berprestij bagi Sekolah Pegawai Kadet ABDB dalam melengkapkan pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, kepercayaan, disiplin, profesionalisme dan kemahiran kepimpinan.

 

AMIRUL SOV 11

 

ANTARA ahli keluarga yang hadir pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 di Padang Kawad, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) di Kampung Tanah Jambu.

 

Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 selama 52 minggu ini telah bermula pada 22 Januari 2016 yang melibatkan pelbagai latihan dan aktiviti ketenteraan khusus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, perwatakan serta intelek sepertimana yang dikehendaki bagi setiap Pegawai ABDB.

 

Di samping itu, mereka juga berpeluang menjalani Eksesais Kepimpinan bersama Pegawai-Pegawai Kadet New Zealand dan Urban Operations Training Package bersama Pegawai-Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39