FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sejarah Gelaran 'Abang dan Awang'


PEMANGKU Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Hanafi bin Haji Salleh (depan dua dari kiri) semasa hadir mendengarkan ceramah tersebut. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 April 19th, 2016  |  09:01 AM  |   3804 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 18 April. - Dalam usaha untuk membarigakan kepentingan sejarah di samping mempromosikan Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) sebagai destinasi pilihan untuk membuat kajian dan penyelidikan selaras dengan visi dan misi pusat berkenaan, meneruskan lagi Ceramah Siri Ketiga 2016 berlangsung di bangunan pusat tersebut.

 

Siri ceramah melibatkan pensyarah-pensyarah serta mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) serta guru-guru dari 33 buah sekolah menengah.

 

Ceramah yang bertajuk Sejarah Gelaran awang dan abang dalam konteks Brunei Darussalam dan Sarawak disampaikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan lantikan bersama sebagai Penyelidik di Institut Pengajian Asia, UBD, Dr. Yabit bin Alas yang juga selaku Pengarah Jaringan Pengajian Borneo.

 

180416 AMIRUL3 PENBORNEO

PENGARAH Pusat Pendidikan Berterusan , UBD, Dr Yabit Alas. Dr. Yabit bin Alas semasa menyampaikan ceramah bertajuk 'Sejarah Gelaran Awang dan Abang dalam konteks Brunei Darussalam dan Sarawak'.

 

Dr. Yabit dalam ceramahnya antara lain menyentuh gelaran abang di Sarawak adalah khusus untuk keturunan abang sahaja dan demikian juga Brunei Darussalam, perkataan Awang adalah gelaran khusus kepada keturunan Awang atau Awang-Awang.

 

Menurutnya, kedua-dua gelaran tradisional ini pada asalnya adalah berpusat di istana atau dianugerahkan oleh seorang Raja kerana tugas atau jasanya manakala bagi gelaran Awang di Brunei, ia dianugerahkan kepada lelaki yang bekerja di istana.

 

"Di Brunei Darussalam pula perkataan Awang digunakan dengan begitu produktif sekali kerana ia berfungsi sebagai kata panggilan atau penanda nama untuk lelaki yang membawa makna sepadan dengan encik di Malaysia atau bapak di Indonesia atau mr. (mister) dalam bahasa Inggeris," ujarnya.

 

Bagaimanapun tambahnya, penggunaan Awang tetap terbatas pada situasi formal dan tulisan kerana jika digunakan dalam situasi informal perkataan ini selalunya hanya diujarkan kepada seseorang yang sebaya atau yang lebih muda dari sipenutur dan jika digunakan kepada seseorang yang lebih tinggi kedudukan sosialnya serta lebih tua dari sipenutur, panggilan ini akan ditafsir sebagai tidak hormat.

 

180416 AMIRUL4 PENBORNEO

ANTARA peserta yang hadir dalam ceramah tersebut.

 

Bagi perkataan abang pula jelasnya, sememangnya tidak ada perbezaan penggunaannya seperti tempat-tempat lain di alam Melayu iaitu digunakan untuk seorang lelaki yang lebih tua atau isteri kepada suaminya.

 

Adapun tujuan ceramah diadakan adalah bagi mempromosikan penBORNEO sebagai pusat sumber rujukan sejarah di samping memberikan kefahaman yang jelas kepada pegawai-pegawai kerajaan dan mahasiswa mahasiswi dan orang ramai tentang kepentingan ilmu sejarah untuk dipelajari dan dibuat kajian mengenainya.

 

Keistimewaan yang terkandung dalam program ceramah ialah perkongsian pengalaman dan pengetahuan penceramah yang bersifat informasi serta mudah difahami dan boleh memberikan wawasan yang luas daripada sumber lain dalam menjelaskan tajuk dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

 

Melalui program ceramah yang bersifat akademik ini juga diharapkan akan mencapai objektif program ini dalam memberikan peserta kemahiran berfikir dan menganalisis fakta sejarah secara rasional, membuka minda untuk meminati sejarah serta merangsang peserta untuk memberikan respons atau feedback.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19