Home > Bahasa Melayu
UBD Sertai Sukan IPT, Sabah
PEMANGKU Penolong Naib Canselor (Korporar 7 Pentadbiran)/Pendaftar dan Setiausaha UBD, Dayang Rubiah binti Haji Yacub (tengah) menyampaikan bendera kepada Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik) UBD, Dayang Hajah Joana binti Haji Yacob. | FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)
April 19th, 2016 | 09:06 AM | 3730 views
TUNGKU LINK
Isnin, 18 April. - Universiti Brunei Darussalam akan menyertai Kejohanan Sukan Persahabatan Staf antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) Borneo Ke-4 yang akan berlangusng di Unversiti Malaysia Sabah (UMS) bermula 20 hingga 23 April ini.
Sehubungan itu, acara penyerahan bendera berlangsung petang tadi bertempat di Dewan Senate, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Pemangku Penolong Naib Canselor (Korporat 7 Pentadbiran)/Pendaftar dan Setiausaha UBD, Dayang Rubiah binti Haji Yacub hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan bendera.
Bendera UBD diserahkan kepada Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik) UBD, Dayang Hajah Joana binti Haji Yacob.
TETAMU kehormat bergambar ramai bersama Kontinjen UBD.
Antara acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu nanti ialah Badminton, Bola Jaring (Wanita), Bola Sepak 9's (Veteran), Bola Sepak 9's (Terbuka), Bola Tampar (Wanita), Catur, Dart (Lelaki), Futsal (Lelaki), Futsal (Wanita), Pingpong, Sepak Takraw Antara Regu (Lelaki), Tenpin Bowling dan Golf (VIP).
IPT Brunei diwakili oleh UBD, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Seramai 37 peserta akan menyertai kejohanan terdiri daripada seramai 31 lelaki dan enam wanita yang bakal menyertai empat acara Bola Sepak 9's (Veteran), Futsal (Lelaki), Badminton dan Tenpin Bowling.
Kejohanan diadakan setiap tiga tahun sekali yang mana UBD pernah menjadi tuan rumah pada tahun 2009.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]