FacebookInstagramTwitterContact

 

Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat merasmikan Musabaqah Membaca Al-Quran Dewasa


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

 


 April 20th, 2016  |  11:09 AM  |   3504 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 19 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

 

Pada majlis itu, DYTM berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya menyempurnakan perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2016M.

 

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Bacaan Surah Al-Fatihah memulakan majlis yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Acara kemudian diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H / 2016M.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan DYTM pada malam pertama musabaqah dilangsungkan.

 

Yang Berhormat menyembahkan seramai enam qari dan enam qariah akan menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H / 2016M, iaitu lima qari dan lima qariah yang terdiri daripada mereka yang terpilih di dalam musabaqah peringkat separuh akhir.

 

Menurut Yang Berhormat, seorang qari dan qariah merupakan johan qari dan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1436H / 2015M yang juga diistilahkan sebagai Johan Menunggu yang menjadikan jumlah keseluruhan peserta 12 orang.

 

"Dalam usaha mempertingkatkan lagi pembacaan bertarannum qari dan qariah muda yang berpotensi, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Bengkel Qari dan Qariah Muda sejak bulan Disember pada tahun lepas," jelas Yang Berhormat.

 

Dalam tempoh itu, ujar Yang Berhormat, salah seorang peserta qari muda yang diberikan bimbingan telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan buat pertama kalinya.

 

Menurut Yang Berhormat, Bengkel Tarannum Al-Quran juga diberikan kepada para peserta yang berjaya ke peringkat akhir di bawah bimbingan dua orang tenaga pengajar tempatan dan seorang dari luar negara.

 

"Selanjutnya insyaaAllah Kursus Intensif akan diteruskan bagi johan-johan musabaqah yang akan mewakili negara ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 2 hingga 7 Mei ini," tambahnya.

 

Pada majlis itu, seramai empat peserta terdiri daripada dua qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan masing-masing.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran serta Hafazan dan Tafsiran Universiti Serantau ASEAN 2012, Awang Haji Md. Noor bin Haji Ibrahim.

 

Tema Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H / 2016M ialah 'Al-Quran Penawar dan Ubat bagi Rohani dan Jasmani'.

 

Musabaqah Membaca Al-Quran akan disambung pada esok malam dengan memperdengarkan lapan peserta untuk menentukan johan qari dan qariah yang akan diumumkan pada hari Khamis malam Jumaat, 21 April 2016.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54