FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lipatgandakan usaha dalam Skim Tilawah Al-Quran Remaja


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ketika bersabda pada Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi. | INFOFOTO

 


 April 20th, 2016  |  11:10 AM  |   3032 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 19 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda dan menyeru kepada rakyat dan penduduk negara ini, khususnya pihak-pihak yang berkepentingan untuk terus melipatgandakan usaha-usaha murni dalam Skim Tilawah Al-Quran Remaja.

 

Sabda Duli Yang Teramat Mulia, kita sekarang telah menyaksikan penglibatan golongan remaja yang semakin meningkat di dalam Musabaqah Membaca Al-Quran.

 

Malah sabda DYTM, ada yang sudah menempa kejayaan dalam pertandingan di peringkat Musabaqah Peringkat Akhir Kebangsaan, Serantau dan Antarabangsa.

 

DYTM bersabda demikian pada Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Alhamdullilah, sabda DYTM, Kerajaan Paduka Ayahanda melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dan akan terus mengungkayhakan pelbagai usaha bagi mendekatkan rakyat dan penduduk negara ini dengan kitab suci Al-Quran.

 

''Usaha-usaha tersebut melibatkan semua peringkat umur. Ia meliputi pelbagai aspek, iaitu dari penguasaannya yang bermula dari peringkat literasi sehingga ke peringkat tertinggi dalam pengajian dan penyebaran ilmu-ilmu Al-Quran.''

 

Secara spesifik, Skim Tilawah Al-Quran Remaja di bawah kendalian Jabatan Pengajian Islam yang bermula sejak tahun 1997 adalah bertujuan untuk melatih dan membimbing para remaja dalam lagu-lagu tilawah yang masyhur.

 

Setakat ini, tambah sabda DYTM, dengan rasa amat bersyukur, skim tersebut telah membuahkan hasil yang dihasratkan di mana generasi pelapis qari dan qariah di peringkat kebangsaan telah dapat dilahirkan secara berterusan.

 

Bersukut dari pencapaian tersebut, pada hemat DYTM, kejayaan tersebut adalah juga berpaksikan kepada kejayaan pembangunan kerohanian para belia dan remaja.

 

DYTM seterusnya bersabda, sebagai aset utama negara, kita perlu berusaha dengan gigih bagi melahirkan modal insan yang beriman, bertakwa serta berakhlak berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Proses pembangunan negara yang berteraskan Islam dan minda Al-Quran tersebut akan seterusnya membentuk insan rabbani yang memiliki akal dan minda yang sentiasa cergas untuk berfikir.

 

''Minda yang proaktif akan seterusnya mencetuskan dorongan-dorongan dan perkembangan dalam masyarakat bagi menggerakkan pelbagai bentuk perubahan yang positif.''

 

Pembinaan keupayaan itu sabda DYTM lagi, adalah lebih relevan lagi dengan peranannya dalam bersama-sama menghindari gejala-gejala negatif serta menangani apa jua bentuk cabaran yang dihadapi negara.

 

Perkara itu, jelas sabda DYTM, selaras dengan mukjizat Al-Quran sebagai sumber rujukan yang menekankan kepada pembentukan akal dan minda yang bertitik tolak daripada keimanan dan pedoman hidup.

 

Ia jelas telah terbukti berjaya mencorakkan kehidupan generasi Islam di zaman Rasulullah khususnya dalam membangun sebuah negara madani.

 

DYTM bersabda, di antara keistimewaan Al-Quran adalah sebagai kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya dan sesuai untuk manusia sejagat sebagaimana maksud Surah Al-Qamar, ayat 17 : ''Dan sesungguhnya Kami mempermudahkan Al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.''

 

Menurut sabda DYTM, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan tujuan Al-Quran diturunkan, iaitu untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain.

 

Sabda DYTM, umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam yang akan sekali gus membawa rahmat kepada manusia sejagat selaras dengan Surah Al-Anbiya', ayat 107 yang mafhumnya : ''Dan tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.''

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17