FacebookInstagramTwitterContact

 

Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>           Media coalition asks the feds to investigate Google’s removal of California news links           >>           Google's wired Nest security camera is cheaper than ever           >>           Israel And Hezbollah: Fears Of Escalation After Flurry Of Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


RKN10 digubal berasaskan matlamat Wawasan Brunei 2035


YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ke-II. | Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 19th, 2017  |  08:18 AM  |   2153 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mac. - Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-10 merupakan RKN yang kedua yang digubal berasaskan kepada matlamat Wawasan Brunei 2035 yang mana melalui pelaksanaan Program dan Projek RKN itu beberapa asas infrastruktur dan kemudahan telah dilaksanakan bagi mendukung dasar pempelbagaian ekonomi dan sumber hasil negara.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menjelaskan perkara itu ketika menyampaikan mukadimah Belanjawan Kemajuan pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2017 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat menjelaskan, ia bukan sahaja membuka ruang bagi perkembangan sektor swasta termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dan dapat mendukung inisiatif ‘Ease Of Doing Business’ (EODB) bahkan juga kita dapat melihat perubahan minda yang amat membanggakan dengan kewujudan usahawan-usahawan baharu dalam kalangan belia-belia tempatan yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada perkembangan aktiviti perekonomian negara. 

 

Yang Berhormat menambah, pelaksanaan Projek-projek RKN juga telah mendapat sokongan yang berterusan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi RKN10 yang telah berangkat mengadakan lawatan ke tapak-tapak Projek RKN dari semasa ke semasa bagi meninjau secara dekat dan memastikan pelaksanaan projek-projek di bawah RKN berjalan dengan lancar dan teratur menurut perancangan waktu, peruntukan serta keutamaan-keutamaan yang telah ditetapkan. 

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, perbelanjaan RKN bagi Tahun Kewangan 2017 / 2018 dirangka bagi mendukung fokus dan keutamaan belanjawan berdasarkan tema belanjawan, iaitu ‘Belanjawan Seimbang Bagi Mendukung Pertumbuhan Ekonomi Yang Mapan (Sustainable)’.

 

“Pengagihan peruntukan ditumpukan kepada komitmen projek-projek yang telah siap tetapi masih ada tanggungan dan projek dalam pelaksanaan. Manakala projek-projek yang dalam proses tawaran, reka bentuk dan perancangan hanya diberikan keutamaan kepada yang mendukung fokus Belanjawan Negara. Mengambil kira keutamaan-keutamaan dan fokus belanjawan yang telah ditetapkan, anggaran Perbelanjaan Kemajuan bagi RKN 2017/2018 dicadangkan keseluruhannya sebanyak BND1,000 juta.

 

Dengan mengambil kira perkara-perkara berikut projek-projek siap disediakan peruntukan sebanyak BND248,146,872,00 (24.8 peratus); Projek dalam pelaksanaan disediakan sebanyak BND734,362,528 (73.4 peratus); dan Manakala projek dalam peringkat tawaran; projek dalam reka bentuk dan projek yang masih dalam perancangan akan disediakan sebanyak kira-kira 1.7 peratus dari keseluruhan peruntukan,” ujarnya.

 

Di samping itu, Yang Berhormat juga menerangkan secara keseluruhannya pengagihan peruntukan mengikut beberapa sektor utama adalah seperti Sektor Pengangkutan dan Perhubungan disediakan peruntukan terbesar sebanyak 37.6 peratus; Sektor Rampaian, iaitu bagi membiayai perbelanjaan projek-projek yang sudah siap tetapi mempunyai tanggungan disediakan sebanyak 24.8 peratus; Sektor Perindustrian dan Perdagangan diperuntukkan sebanyak 19.0 peratus; Sektor Perkhidmatan Sosial disediakan sebanyak BND98,058,000 (9.8 peratus); Sektor Penggunaan Awam diperuntukan sejumlah 6.4 peratus; Sektor Sains dan Teknologi Maklumat, Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi diperuntukkan sebanyak 1.0 peratus; Sektor Keselamatan pula disediakan sejumlah BND10,400,000, atapun 1 peratus; dan Sektor Bangunan Awam pula disediakan sejumlah 0.3 peratus. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16