FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perbelanjaan RKN 2016 / 2017 berjumlah BND631.98 juta


YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ke-II. | Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 19th, 2017  |  08:18 AM  |   1178 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mac. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim berkata, 567 projek atau program yang terdapat dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-10, 416 projek ataupun 73.5 peratus telah siap, 75 projek atau 13.2 peratus sedang dalam pelaksanaan, 41 projek ataupun 7.2 peratus dalam tawaran. 

 

“Manakala 35 projek ataupun 6 peratus masih di peringkat reka bentuk dan perancangan. Sehingga 28 Februari 2017, perbelanjaan sebenar RKN 2016 / 2017 berjumlah BND631.98 juta, iaitu 90.3 peratus dari peruntukan asal BND700 juta yang telah disediakan. 

 

Jumlah itu menjadikan Perbelanjaan RKN10 setakat ini sebanyak BND5,337.16 juta,” ujar Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua) semasa menyampaikan mukadimah Belanjawan Kemajuan pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2017 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Di samping itu, Yang Berhormat menjelaskan, bagi memastikan Projek-projek RKN dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang diluluskan, pihak Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), di JPM akan terus membuat pemantauan rapat dan melaksanakan langkah-langkah seperti Membuat lawatan ke tapak-tapak projek secara kerap, di samping membuat lawatan mengejut; Memastikan pembayaran dilaksanakan mengikut perjanjian kontrak; Memastikan setiap kementerian membuat perancangan rapi dan mengikut skop asal dan jadual; Memastikan skop kerja memenuhi ‘functionality’ dan tidak berlebih-lebihan ataupun ‘overspecification’; Menyediakan sistem pemantauan projek dan pembayaran yang lebih berkesan; dan Menggunakan RKN Project Management System dan penyediaan garis panduan dalam penetapan kadar purata bagi kos pembinaan bangunan-bangunan kerajaan atau projek-projek kerajaan dan kaedah ‘Cost Benefit Analysis ‘dan ‘Needs Analysis’ dalam penilaian projek. 

 

Selain itu, Yang Berhormat juga menyentuh mengenai JPKE akan berterusan meneliti kesesuaian projek-projek yang dirancang dalam menyumbang secara ‘sustainable’ dan berkesan kepada pertumbuhan sosioekonomi negara, di samping mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian antara lainnya seperti Memastikan setiap projek / pembelian yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan peruntukan tahunan yang telah disediakan; Memastikan keperluan projek-projek yang akan dilaksanakan dinilai dari segi keperluan sebenar, keutamaan dan hasil yang akan diperolehi dari projek-projek yang dicadangkan; Memastikan baki peruntukan bagi projek yang telah siap dilaksanakan tidak digunakan sewenang-wenangnya kerana ia adalah penjimatan kepada kerajaan; Memastikan sebahagian bayaran kemajuan projek-projek untuk dipindah ke akaun wang tahanan di Jabatan Perbendaharaan bagi memastikan bayaran ‘retention money’ dapat dilaksanakan setelah projek siap nanti; Memastikan proses bayaran adalah cekap dan teratur dengan menepati Tekad Pemedulian Orang Ramai yang telah ditetapkan; dan Berterusan meneliti keperluan projek-projek yang dirancang agar mana-mana projek yang tidak diperlukan dan tidak berkeutamaan ditiadakan bagi memberi laluan kepada projek-projek baharu yang lebih utama dan berkualiti bagi mendukung Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54