Home > Bahasa Melayu
Riadah berbasikal Bangarku Ceria meriah
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Menteri Kesihatan meluangkan masa ke Pekan Bangar, Temburong bagi sama-sama memeriahkan suasana Bangarku Ceria. | Foto : Jabatan Daerah Temburong
March 20th, 2017 | 07:44 AM | 1250 views
TEMBURONG
TEMBURONG, Ahad, 19 Mac. - Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Kumpulan Temburong Pedallers dan agensi-agensi berkenaan mengadakan satu aktiviti riadah, iaitu Bangarku Ceria dalam usahanya meramaikan serta menceriakan suasana pekan daerah berkenaan.
Perisian program itu antaranya Sembahyang Subuh Berjemaah dan seterusnya tazkirah di Masjid Utama Mohammad Salleh.
Kemudian dimeriahkan dengan acara berbasikal yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sejauh 10 kilometer bermula dari Pekan Bangar ke Kompleks Sukan Temburong dan berakhir di Pekan Bangar.
Sementara kumpulan kedua ialah sejauh 40km yang berlepas dari Pekan Bangar ke Kampung Piasau-Piasau dan kemudiannya kembali ke Pekan Bangar.
Turut serta menyertai acara berbasikal di sini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Juga menyertai ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu serta para penduduk kampung di daerah itu.
Jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dari Majlis Perundingan Mukim dan Kampung turut serta dalam memeriahkan acara Bangarku Ceria selain aktiviti sampingan seperti Peraduan Mewarna dan aktiviti Fun Games dan sebagainya.
Objektif program tersebut antaranya ialah untuk menarik orang ramai dari dalam dan luar daerah selain daripada mewujudkan penglibatan masyarakat.
Selain itu, ia untuk membantu aktiviti perekonomian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung khususnya dan penduduk Daerah Temburong amnya dan juga untuk mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan, NGO’s dan pihak swasta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]