FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rang Undang-Undang Perbekalan, 2017 / 2018 diluluskan


YANG Dipertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas.| Foto : Hamzah Mohidin, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 21st, 2017  |  09:44 AM  |   963 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Musim Permesyuaratan Ketiga Belas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diteruskan  di  hari ke sebelas yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis dengan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

 

Perkara VI (Enam) iaitu Rang Undang-Undang (2017) Perbekalan, 2017 / 2018 yang telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, telah dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya diluluskan dan dijadikan satu Akta yang bergelar :

 

''Suatu Akta untuk membekalkan sejumlah wang dari Kumpulan wang Yang Disatukan bagi perkhidmatan Tahun Kewangan 2017 / 2018, dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu.''

 

Sesi Persidangan  tersebut  telah  meluluskan Ketetapan Pertama yang dicadangkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong iaitu sebanyak Tiga Puluh Satu (31) Perintah-Perintah yang telah disenaraikan, dan Perintah-Perintah tersebut telah dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk diguna pakai :

 

''Majlis ini membuat ketetapan menurut Fasal (7) Perkara 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959, bahawa tiap-tiap Perintah yang dibuat di bawah Fasal 3 Perkara 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai Kertas Nombor 1 Tahun 2017 adalah masing-masing mulai dari tarikh Perintah-Perintah itu diluluskan.''

 

Sesi Persidangan hari ini juga meluluskan Ketetapan Kedua yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim yang berbunyi :

 

''Majlis ini dengan ini membuat ketetapan seperti yang dikehendaki oleh bab 4(2) dari Akta Kumpulan wang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah 1,000,000,000.00 (Satu ribu juta ringgit) untuk dibenarkan, diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulan wang Kemajuan untuk maksud-maksud tersebut di bawah ini dan disebutkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2017 / 2018, dibentangkan sebagai Kertas Bil. 2 Tahun 2017.''

 

Akta Kumpulan wang Kemajuan tersebut mula berkuat kuasa pada 1 April 2017.

 

Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ketiga Belas Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan dan ucapan penangguhan pertama didahului oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Seramai 26 Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ikut serta di dalam Sesi Ucapan-Ucapan Penangguhan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39