FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kepentingan sosial ekonomi dan alam sekitar perlu seimbang


PEMANGKU Pengarah Perhutanan, Noralinda binti Haji Ibrahim berucap di Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2017 yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Berakas. | Foto : Hamzah Mohidin

 


 March 22nd, 2017  |  07:35 AM  |   1453 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Mac. - Tema Hari Hutan Antarabangsa 2017 mengetengahkan peranan hutan yang berupaya menghasilkan kitaran tenaga yang menyumbang kepada perkhidmatan ekosistem seperti penghasilan sumber makanan dan perubatan, kesinambungan di dalam iklim dan kitaran air.

 

Di samping keseimbangan ekosistem alam secara menyeluruh serta faedah-faedah lain yang boleh diperolehi daripada kitaran tenaga yang terhasil sudah pasti tidak terkecuali betapa pentingnya nilai-nilai pembelajaran dan penyelidikan kepada manusia.

 

Pemangku Pengarah Perhutanan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim berkata, kecanggihan tinggi teknologi moden pada masa kini di mana peluang untuk penghasilan produk-produk adalah lebih cerah dan meluas bagi memanfaatkan sumber-sumber hutan yang secara tidak langsung boleh membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk meneroka dan berkecimpung di dalam sektor perhutanan seperti kaedah mengguna pakai bahan-bahan kayu sebagai bahan tenaga alternatif yang lebih mesra alam dan berdaya tahan.

 

Visi dan misi Jabatan Perhutanan kini lebih menjurus kepada meningkatkan pertumbuhan industri sumber hutan dan berdaya tahan berikutan dengan pelancaran Pelan Strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2016 – 2020 yang mana empat elemen utama pelan tersebut itu adalah bagi meningkatkan pertumbuhan keluaran, produktiviti, berorientasikan eksport dan berdaya tahan.

 

“Pada masa yang sama, penggunaan teknologi yang tinggi mampu meningkatkan produktiviti yang fokus kepada produk pasaran eksport tanpa mengabaikan pemuliharaan dan melindungi sumber hutan yang lestari ini, kita mampu untuk mengimbangi kepentingan sosial ekonomi dan alam sekitar demi kesejahteraan rakyat dan negara,” jelasnya pada Majlis Pelancaran Hari Hutan Antarabangsa 2017 yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Berakas.

 

Dayang Noralinda seterusnya berharap agar komitmen, sokongan dan kerjasama sebegini akan terus dihulurkan bagi sama-sama menjayakan pencapaian matlamat Jabatan Perhutanan khususnya dan KSSUP umumnya.

 

Dalam pada itu, Dayang Noralinda turut mengumumkan dan mengisyhtiharkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Jabatan Perhutanan (JPB - JPH) telah pun tertubuh.

 

Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini tambahnya, diharap akan dapat memudahkan pihak pengurusan menangani permasalahan bencana alam sekiranya berlaku di dalam kawasan-kawasan hutan khususnya di Hutan Simpan dan Ladang Hutan Inter-Reverine Zone, IRZ.

 

Keahlian jawatankuasa bencana ini menurutnya, adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan di keempat-empat daerah yang dilantik.

 

Acara diteruskan dengan persembahan koir dan aktiviti cabaran rimbawan yang mana aktiviti sampingan ini adalah semata-mata bagi menambah kemeriahan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada tahun ini.

 

Tema sambutan pada tahun ini, ‘Forests and Energy : Nature’s Powerhouse’ antara lain turut menekankan kepentingan pengurusan hutan kepada masyarakat umum serta pihak yang berkepentingan secara langsung menanamkan perasaan tanggungjawab dalam sama-sama melindungi dan mengekalkan sumber khazanah hutan Negara Brunei Darussalam.

 

Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19