FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jawatankuasa Hari Keputeraan perlu buat perancangan awal


PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain (dua, kiri) semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-71 bagi Daerah Tutong. | Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 March 22nd, 2017  |  07:36 AM  |   1082 views

TUTONG

 

TUTONG, Selasa, 22 Mac. - Jawatankuasa yang dilantik perlu membuat perancangan awal dan rapi pada mengambil kira cuti-cuti penggal persekolahan dan cuti-cuti awam bagi memastikan semua acara yang dirancang dan diungkayahkan terutama Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan sempurna bagi menjadikan acara-acara Hari Keputeraan sebahagian daripada wadah untuk memperteguh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini. 

 

Perkara tersebut disampaikan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Hussain dalam ucapan alu-aluannya semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke- 71 bagi Daerah Tutong, bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

 

Jelasnya, ia juga mencerminkan semangat perpaduan, persefahaman, keharmonian, permuafakatan, kerjasama dan sokongan serta membuktikan dorongan yang erat lagi padu serta taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, jelas beliau lagi. 

 

"InsyaaAllah, pada tahun ini, sekali lagi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Tutong diharap akan terus dapat mengenal pasti acara-acara baharu yang boleh meningkatkan perpaduan dan penyertaan semua peringkat masyarakat di Daerah ini tanpa mengabaikan nilai-nilai konsep Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir sebagai tanda kesyukuran serta menyokong kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam," tambahnya lagi.

 

Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membincangkan persediaan acara-acara rasmi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-71 bagi daerah ini.

 

Mesyuarat juga membincangkan cadangan acara-acara sektoral termasuk acara-acara keagamaan, kesukanan dan kemasyarakatan serta Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam bagi Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampung.

 

Antara lain tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah bagi melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi Pengerusi Acara Keraian Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-71 bagi Daerah Tutong, Tahun 2017.

 

Juga hadir pada mesyuarat tersebut, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong selaku penghulu Mukim Tanjong Maya; pegawai-pegawai kanan kerajaan; Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi, Pengerusi-pengerusi Acara Keraian Perayaan serta Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung daerah ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19