FacebookInstagramTwitterContact

 

Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>           Blood Donation Campaign           >>           David Beckham Celebrates Wife Victoria Beckham’s Birthday With Never-Before-Seen Family Footage           >>           Jessica Simpson Reveals How Becoming A Mom Gave Her Body Confidence           >>           Exotic 'Einstein Ring' Suggests That Mysterious Dark Matter Interacts With Itself           >>           Sony debuts Bravia Theater line of Dolby Atmos soundbars and speakers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD diklasifikasikan negara bebanan Tibi sederhana


 


 March 24th, 2017  |  08:18 AM  |   1463 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Mac. - Tibi boleh dicegah dan diubati, dengan gabungan vaksin, penjagaan kesihatan yang boleh diakses, pemeriksaan awal dan diagnosis, maka ia adalah mungkin bagi sesebuah negara untuk menamatkan Tibi sebagai masalah kesihatan awam. Dan lagi, walaupun selepas kemajuan ketara telah dibuat dalam penjagaan kesihatan, satu pertiga daripada penduduk dunia telah terdedah dan kini dijangkiti Tibi.

 

Malah pada peringkat global, Tibi bertanggungjawab bagi 9 juta kes baharu dan 1.5 juta kematian setiap tahun.

 

Perkara tersebut dinyatakan dalam Perutusan Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi sempena Hari Tibi Sedunia.

 

Dalam perutusan tersebut juga menjelaskan, di Negara Brunei Darussalam, kejayaan telah dicapai dalam kawalan Tibi dengan pencapaian awal Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) mengurangkan separuh bilangan kes Tibi baharu di antara tahun 2000 hingga 2010.

 

Dalam beberapa tahun kebelakangan, kemajuan telah terhenti, di mana kemerosotan yang telah dilihat pada awal tahun 2000, telah terbantut sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Menurut perutusan tersebut, pada 2016, seramai 186 rakyat dan penduduk tetap di Negara Brunei Darussalam telah didiagnosis dengan Tibi (meningkat daripada 162 kes baharu pada tahun 2015) dan dalam tiga tahun yang lalu, 13 orang telah meninggal dunia akibat Tibi.

 

Malangnya, Negara Brunei Darussalam terus diklasifikasikan sebagai sebuah negara yang mempunyai bebanan Tibi pada peringkat sederhana.

 

Dalam perutusan tersebut, Yang Berhormat juga menjelaskan, mengapa, walaupun pelaburan telah dibuat dalam penjagaan dan kawalan Tibi di Negara Brunei Darussalam, namun kita masih berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar? Beberapa sebab telah dikenal pasti.

 

Penyumbang terbesar dalam cabaran berterusan bagi kawalan Tibi adalah dengan meningkatnya jumlah atau bilangan orang yang mempunyai penyakit tidak berjangkit kronik (NCD), kususnya penyakit diabetis (kencing manis).

 

Kencing Manis melemahkan sistem imun individu dan menjadikan orang itu lebih mudah untuk memperoleh Tibi juga mengaktifkan kembali jangkitan Tibi yang lama.

 

Peningkatan penyakit tidak berjangkit kronik dan penduduk yang semakin berusia (yang lebih terdedah pada pengaktifan kembali jangkitan Tibi), di samping merokok produk-produk tembakau adalah antara penyumbang pada kadar insiden Tibi yang sedang berlaku di Negara Brunei Darussalam.

 

Oleh itu Yang Berhormat menjelaskan, pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit kronik mempunyai kepentingan tertentu dalam memerangi Tibi di Negara Brunei Darussalam.

 

Tambahnya, itulah sebabnya mengapa strategi penghapusan Tibi kami bukan sahaja diasaskan pada merawat jangkitan akut sahaja, tetapi juga merupakan pendekatan bersepadu yang mengambil kira kedua-dua isu sosial juga penyakit tidak berjangkit lain yang boleh menyumbang dalam meningkatkan risiko memperoleh Tibi.

 

Di samping itu, Yang Berhormat juga menyentuh mengenai tema tahun ini, iaitu 'Bersatu untuk Menamatkan Tibi' yang amat penting bagi kita di Negara Brunei Darussalam.

 

Jelasnya, bukti dan pengalaman menunjukkan bahawa pengawalan Tibi tidak boleh dilihat sebagai tanggungjawab Kementerian Kesihatan sahaja.

 

Penentu yang lebih luas tambahnya, seperti keadaan sosio-ekonomi, tanggungjawab individu bagi kesihatan, pengukuhan modal sosial, dan strategi pelbagai sektor untuk menangani penyakit tidak berjangkit adalah penting.

 

Kita tegas Yang Berhormat mesti BERSATU MENAMATKAN TIBI dengan memastikan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua.

 

Menurut Yang Berhormat, bagi pihak Kementerian Kesihatan selaras dengan tiga keutamaan strategik kementerian, iaitu untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit, serta memupuk kesedaran bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua orang - pihak kementerian akan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengawal dan menamatkan Tibi di Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan ini, Yang Berhormat menyeru setiap individu untuk memainkan peranan yang penting dalam keluarga dan masyarakat kita.

 

Jelasnya, kita boleh memainkan peranan dalam mengurangkan beban Tibi dengan memastikan kita mengamalkan cara hidup sihat dan mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan serta berdayatahan untuk mencegah juga mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit.

 

Yang Berhormat menambah, tiga amalan yang sihat adalah penting dalam hal ini, iaitu memakan diet yang sihat dan seimbang dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rendah gula, karbohidrat berkanji dan lemak tepu; Memastikan bahawa kita melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 150 minit seminggu dan Berhenti merokok.

 

Dengan mengguna pakai amalan-amalan berkenaan, jelasnya, kita boleh mengurangkan risiko memperoleh penyakit tidak berjangkit yang mendedahkan kita pada Tibi.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, Tibi boleh dicegah dan kita boleh mencapai wawasan kita ke arah sebuah negara yang sihat dengan bersatu atau bekerjasama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12