Home > Bahasa Melayu
Brunei - Singapura kukuhkan kerjasama bidang keselamatan
Brunei - Singapura kukuhkan kerjasama bidang keselamatan PEMANGKU Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri ,Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar menerima kunjungan muhibbah dari Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck. | Foto : Jabatan Perdana Menteri
March 29th, 2017 | 10:05 AM | 1731 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar telah menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Polis, Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua buah negara.
Semasa kunjungan muhibah tersebut, Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri dan Pesuruhjaya Polis, Republik Singapura bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu jenayah dan keselamatan serta kerjasama dan hubungan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura di peringkat kementerian dan juga Jabatan terutama sekali di antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Republik Singapura.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]