FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasukan DBM juara keseluruhan SKBD Ke-3


| Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 30th, 2017  |  06:45 AM  |   867 views

TUTONG

 

TUTONG, Rabu, 29 Mac. - Pasukan Daerah Brunei dan Muara (DBM) muncul juara keseluruhan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-3 Tahun 2017 dengan merangkul 34 pingat, iaitu 14 pingat emas, 13, perak dan 7 gangsa.

 

Manakala itu, naib juara Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dengan kutipan 7 pingat emas, 5 perak dan 14 gangsa, diikuti dengan Pasukan Daerah Belait di tempat ketiga setelah meraih 6 pingat emas, 6 perak dan 4 gangsa.

 

Sementara itu, Olahragawan Terbaik disandang oleh Awang Md. Noor Firdaus Ar-Rasyid dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berjaya mengutip tiga pingat emas, manakala WSGT 2957 Dayang Alinawati binti Ali Akbar dari MS PDB memenangi Olahragawati Terbaik dengan kutipan dua pingat emas dan satu gangsa.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Terdahulu, perlumbaan peringkat akhir acara 100 meter lelaki dan wanita, 4 x 400 meter lelaki serta 4 x 100 meter lelaki diadakan juga dimeriahkan dengan persembahan Kemahiran Gerak Seni Mempertahankan Diri, Gemilangkan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam oleh gabungan Skim Jabatan Belia dan Sukan.

 

SKBD Ke-3 mempertemukan hampir 1,400 atlet, pegawai dan jurulatih dari 12 kontinjen dengan jumlah keseluruhan pingat yang menjadi rebutan sebanyak 153 pingat iaitu 48 emas, 48 perak dan 57 gangsa.

 

SKBD merupakan kejohanan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam untuk membina serta memajukan tahap dan prestasi ahli-ahli sukan di Negara Brunei Darussalam.

 

SKBD antara lain bertujuan mewujudkan usaha pembangunan dan perkembangan bakat-bakat atlet secara bersama melalui persaingan yang sihat ke arah membentuk kecemerlangan serta kegemilangan sukan di Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi SKBD Ke-3, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Daerah; Yang Di-Pertua dan Setiausaha Agung Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16