FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pingat PKL diberikan atas perkhidmatan cemerlang


| Foto : Haji Ariffin bin Mohamad Noor/Morshidi

 


 March 30th, 2017  |  06:46 AM  |   753 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Mac 2017. – Seramai 23 orang warga Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat masing-masing  di atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan selain sebagai perangsang untuk  meningkatkan motivasi  terhadap tugasan untuk terus memberikan sumbangan terhadap organisasi.

 

Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 itu disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bertempat di Dewan Digadong, kementerian tersebut.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Nolila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan KKBS.

 

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Shahrul Ezam bin Haji Abdul Latiff dari Pusat Pembangunan Belia diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

 

Awang Haji Noor Jusmin  yang juga selaku Pengerusi Majlis berkata para penerima adalah terdiri daripada mereka yang menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang kepada Kerajaan selama dua puluh tahun dengan mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu para penerima juga adalah mereka yang mempunyai rekod bersih dalam perkhidmatan, mempunyai sifat-sifat yang baik dan mempunyai keperibadian yang terpuji serta berprestasi sangat baik.

 

Kementeriannya jelas Awang Haji Noor Jusmin mengucapkan tahniah kepada para penerima pingat dan ini merangsang KKBS untuk fokus kepada pengurusan prestasi kerana ianya berkaitan secara langsung dengan kejayaan sesebuah organisasi sementelahan pengurusan prestasi adalah untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesebuah organisasi  secara keseluruhannya.

 

Menurutnya, ia bermanfaat kepada pegawai kerana membantu membangunkan individu, manakala pihak pengurusan pula boleh membuat perancangan dari sudut kemajuan kerjaya pegawai, di samping mengenalpasti dan menyelesaikan kes pegawai berprestasi sederhana serta mengatur program latihan dan pembangunan secara berterusan. 

 

“Pengurusan prestasi yang kerap yakni sentiasa dilakukan bukan pada akhir tahun sahaja, seimbang yakni memberi fokus kepada kekuatan dan kelemahan, memberi maklum balas secara serta merta, pegawai jelas tentang maklum balas dan konstruktif adalah semata-mata bagi penghasilan kerja yang produkif dan berkualiti” tambah beliau. 

 

Salah seorang penerima pingat semasa ditemui, Dayang Hajah Zainab binti Haji Julaihi, seorang kerani yang  telah berkhidmat selama lebih 25 tahun menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah DYMM atas pengurniaan Pingat PKL ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16