FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cari kaedah tangani, perbaiki keluarga bermasalah


| Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 March 30th, 2017  |  06:47 AM  |   673 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Mac. – Agensi-agensi kerajaan dan badan-badan sosial berperanan dalam memberikan khidmat dan menangani isu-isu keluarga menurut kemampuan sesuai dengan objektif yang ditentukan.

 

Selain pihak mahkamah dan kalangan keluarga, agensi dan badan sosial khidmat keluarga itulah yang sangat hampir dan akrab dengan keluarga-keluarga yang bermasalah.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyatakan perkara tersebut semasa berucap merasmikan  Seminar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah 2017  di Dewan Tarniyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama  Seri Begawan (KUPU SB), di sini.

 

“Dalam kes-kes tertentu mereka didatangi tidak sahaja untuk diminta memberi nasihat bahkan diminta memberikan perlindungan. Hal sedemikian memerlukan kepada lebih ramai tenaga. Pada hemat saya, bagi kerajaan, ini tidak selamanya bermakna menambah bilangan penjawat-penjawat awam dalam senarai perjawatan.

 

Sebaliknya, kita berikanlah perhatian yang berat kepada aspek yang lebih praktikal di mana khidmat nasihat keluarga boleh diberikan oleh sukarelawan pekerja-pekerja sosial. Kita sudah mendapati ada di antara badan-badan sosial yang aktif dengan program khidmat bantu dan nasihat. Dalam kes-kes tertentu mereka kelihatan lebih menyerlah dan tekun berkhidmat dengan semangat sukarelawan yang ditanamkan dalam jiwa mereka,” ujar Yang Berhormat.

 

Badan-badan sosial berkenaan jelas Yang Berhormat, adalah kalangan yang sangat memedulikan ehwal segelintir anggota masyarakatnya yang sedang bermasalah keluarga kerana mereka menunjukkan cara yang baik dan bekerjasama menyelaras dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan atau dalam keadaan di mana penyelarasan itu juga bermasalah birokrasi, maka mereka bergerak setakat daya usaha mereka sendiri dengan bantuan dan kerjasama orang-orang perseorangan.

 

Yang Berhormat seterusnya menegaskan  sudah sampai waktunya kita beri perhatian berat kepada aspek yang lebih praktikal seperti ini dan tidak semata-mata melihat khidmat bantu dan nasihat keluarga itu seolah-olah monopoli agensi-agensinya yang tertentu.

 

Menurut Yang Berhormat, kita mestilah memperbaiki sesetengah prosedur khidmat dan bantuan sambil meningkatkan kesedaran akan kepentingan perkhidmatan yang diamanahkan.

 

Memberi perhatian berat kepada aspek tersebut jelas Yang Berhormat ialah dengan membanyakkan bilangan sukarelawan-sukarelawan pekerja sosial dan mereka hendaklah di lengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara teori dan amali.

 

Maka dalam hubungan ini ujar Yang Berhormat, relevansinya KUPU SB meluaskan skop ilmu pendidikannya kepada ilmu yang dapat memenuhi keperluan sedemikian itu.

 

“Lepasan atau graduan dari pusat perguruan ugama yang tunggal di negara kita ini khasnya yang masuk ke KUPU SB ini mengikuti skim latihan dalam perkhidmatan (in – service training) hendaklah bersedia memberikan khidmat tambahan.

 

Mungkin pula khidmat sosial secara khidmat nasihat keluarga itu menjadi peluang mereka untuk menubuhkan kumpulan sendiri dan tidak pula tertutup peluang atau kemungkinan andainya mereka menjadikan khidmat bantu dan nasihat keluarga itu sebagai khidmat tambahan di samping kerjaya masing-masing di sektor persendirian.

 

Apa yang penting ialah mereka dan ramai lagi kalangan yang seumpama mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang sistematik. Sistematik dalam artikata ilmu yang dipelajari secara teori dan amalinya, iaitulah ilmu ehwal keluarga, Fiqh Al-Usrah dalam bidang Al-Ehwal Asy-Syakhsyiah.

 

Yang Berhormat turut berkongsi data-data perangkaan berkaitan kes jenayah umum, kesalahan di bawah undang-undang keluarga, kejadian sumbang mahram, statistik perceraian serta statistik anak yatim.

 

Jelas Yang Berhormat, kita mesti melihat realiti dengan insaf untuk memikirkan jalan memperbaiki keadaan kalau pun tidak membenterasnya.

 

Yang Berhormat seterusnya berharap agar seminar ini akan menghasilkan pemikiran yang praktikal untuk diterjemahkan kepada program-program sosial kemasyarakatan dengan matlamat mengubati penyakit sosial yang telah menjangkit sampai mengakibatkan sesetengah keluarga bermasalah itu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16