Home > Bahasa Melayu
Brunei International Grand Festival 2017 tawarkan beraneka jenis jualan
PEMANGKU Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir semasa berkunjung ke salah satu petak jualan Brunei International Grand Festival 2017 di Dewan 1, BRIDEX. | Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
March 31st, 2017 | 08:33 AM | 1326 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mac. - Brunei International Grand (BIG) Festival 2017 yang menawarkan beraneka jenis jualan daripada para peniaga tempatan dan luar negara bermula hari ini di Dewan 1 BRIDEX, Jerudong.
Lebih 50 petak jualan terdapat pada festival selama empat hari itu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir selaku tetamu kehormat.
Majlis perasmian turut diselajurkan dengan penyerahan tabung amal oleh wakil dari BIG Festival dan diserahkan kepada tetamu kehormat.
Festival diadakan bagi menyemarakkan lagi sempena sambutan cuti persekolahan dan sambil beramal kebajikan.
Antara lain tujuan festival tersebut adalah untuk memupuk dan menanamkan sifat yang berkonsepkan keagamaan mengenai dengan jual beli mengikut konsep jual beli yang memangkin kemajuan ekonomi negara.
Selain itu, ia juga untuk memperkembangluaskan peniaga-peniaga tempatan mengikut produk-produk jualan yang bersistematik dan membantu mereka menjadi peniaga yang maju jaya di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]