FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyebaran ilmu isu kekeluargaan


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa hadir pada Seminar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah 2017 anjuran Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). | Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 31st, 2017  |  08:38 AM  |   800 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mac. - Seminar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah 2017 anjuran Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menjadi platform untuk penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat serta pengalaman berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Seminar dua hari itu sekali gus menjadi wadah dalam menanai objektif Pusat Kajian Fiqh al-Usrah untuk menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan Fiqh al-Usrah pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan ugama, masyarakat dan negara.

 

Sehubungan itu, majlis penutupan seminar tersebut berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPU SB yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku tetamu kehormat.

 

Seminar itu diharap dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai pendidikan kekeluargaan termasuk cabaran-cabaran dalam menjalani hidup berkeluarga.

 

Sementara itu, Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Jabatan Siasah Syar'iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Malaysia semasa membentangkan kertas utamanya antara lain menyentuh tiga pendekatan, iaitu al-Tadayyun, al-Maqasidi dan al-Wasatiyyah sebagai asas penyelesaian Pengurusan Keluarga dan Kerjaya Secara Islam (PKKI).

 

Rumusan kertas utamanya bertajuk 'Mengurus Keluarga dan Kerjaya dalam Organisasi : Analisis Menerusi Pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasidi dan al-Wasatiyyah' itu juga menerangkan cabaran menguruskan keluarga dan kerjaya dalam alaf baharu memerlukan pada strategi atau pendekatan bersepadu di antara kaedah moden juga agama.

 

Ketiga-tiga pendekatan itu tambahnya, menjurus pada usaha memperkukuhkan penghayatan beragama (al-Tadayyun) melalui 10 kaedah, kejelasan arah tuju atau matlamat (al-Maqasidi) serta penerapan nilai akhlak (al-Wasatiyyah) dalam memandu individu sama ada lelaki mahupun perempuan ke arah kejayaan dalam mengurus keluarga dan kerjaya.

 

Resolusi seminar disampaikan oleh Ketua Bahagian Kertas Kerja, Perumus dan Pelapor, Dr. Awang Zulkifli bin Haji Zakaria.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17