FacebookInstagramTwitterContact

 

Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>           Blood Donation Campaign           >>           David Beckham Celebrates Wife Victoria Beckham’s Birthday With Never-Before-Seen Family Footage           >>           Jessica Simpson Reveals How Becoming A Mom Gave Her Body Confidence           >>           Exotic 'Einstein Ring' Suggests That Mysterious Dark Matter Interacts With Itself           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Siap siaga tanai tanggungjawab besar


| Foto : Ihsan Rabiatul Haziqah Haji Amirul Husaini, Abdul Yamin bin Abd Kadir

 


 April 1st, 2017  |  08:20 AM  |   597 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mac. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah mengadakan Majlis Makan Malam Undang-Undang atau ‘Law Dinner’ bertempat di Rizqun International Hotel, Gadong semalam.

 

Acara tersebut merupakan aktiviti wajib bagi para mahasiswa dan mahasiswi program Dwi Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah (BSL) sepanjang kursus pengajian.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syar’ie, Yang Arif Dato Seri Setia Awang Haji Zaimi bin Haji Talip.

 

Menurut tetamu kehormat majlis di dalam ucaptamanya menyatakan bahawa para mahasiswa dan mahasiswi semestinya siap siaga menanai tanggungjawab yang besar dalam menyahut tantangan masa depan di negara yang terus berkembang maju, pesat, membangun dan dinamik di dalam semua aspek bernegara dan berbangsa.

 

“Mereka adalah aset yang amat berharga dan pemegang candek yang utama dalam usaha merealisasikan hasrat negara seterusnya pada mendaulatkan pelaksanaan undang-undang Allah Subhanahu Wata’ala di Negara Brunei Darussalam ini khususnya,” tambah Yang Arif lagi.

 

Juga hadir, Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, pengamal-pengamal undang-undang dari Pejabat Peguam Negara, Kehakiman Negara, Mahkamah-Mahkamah Syariah dan juga firma-firma guaman.

 

Timbalan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Haji Abdul Aziz dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa bidang undang-undang mempunyai liku-likunya yang sukar untuk dilalui berbanding dengan bidang-bidang yang lain.

 

“Oleh itu, bakal-bakal penyandang kerjaya undang-undang adalah mustahak dari awal-awal lagi untuk dibekalkan dengan semangat dan keyakinan diri yang kuat, bagi memelihara dan mempertahankan keluhuran undang-undang di dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat,” ujarnya lagi.

 

Acara tersebut bertujuan antara lain untuk membina hubungan dan jaringan di antara para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA yang menjalani kursus undang-undang dengan pengamal undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, ia juga berhasrat untuk menjadi sebagai platform untuk memberikan pendedahan kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk menerokai dunia guaman dengan interaksi secara berdepan (in-person) dengan individu-individu yang berpengalaman dalam bidang guaman sama ada Sivil mahupun Syariah.

 

Untuk memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh mahasiswa Fiqh Qada Tahun Dua, Awang Ahmad Hisyamuddin bin Haji Abdul Rahim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12