FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Islam diseru sama-sama atasi isu gejala sosial


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir selaku tetamu kehormat di majlis Karnival Cinta Masjid 2017. | Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

 


 April 1st, 2017  |  08:23 AM  |   822 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

SENGKURONG, Jumaat, 31 Mac. - Para belia Islam diseru untuk sama-sama memikirkan cara mengatasi isu gejala sosial yang semakin meningkat dan membimbangkan.

 

Ketua Belia Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Awang Muhd. Najib Min Fadhlillah bin Haji Abdul Majid menyeru demikian pada Majlis Pelancaran Karnival Cinta Masjid yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, di sini.

 

Awang Muhd. Najib Min Fadhlillah seterusnya menggesa para belia Islam agar menggunakan apa juga potensi dan kelebihan yang ada untuk disumbangkan demi kesejahteraan ummah.

 

Katanya, sudah tiba masanya para belia Islam bangun dari lena yang panjang demi untuk sama-sama membantu negara yang kita cintai dari pelbagai bentuk anasir negatif yang melanda.

 

"Di sinilah antara peranan belia masjid itu ditubuhkan, pendekatan belia kepada belia merupakan satu pendekatan dakwah yang lebih efektif dan membuahkan hasil.

 

Sebagai seorang syabab ataupun belia, setentunya memiliki idea-idea yang menarik, kreatif dan invatif akan dapat mengajak rakan belia yang lain untuk menyertai program-program anjuran kelab belia masjid," ujarnya lagi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut dan seterusnya merasmikan karnival tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Karnival tersebut diisikan dengan aktiviti umum seperti Peraduan Mewarna Bagi Kanak-Kanak dan Pondok Gambar (Photobooth), Petak Pameran dan Kesedaran Orang Ramai, Kempen Derma Darah, Walkaton dan Berbasikal, Ceramah dan Forum Perdana serta pertandingan berunsur keugamaan seperti Pertandingan Nasyid, Tausyeh dan Pertandingan 'Pencetus Ummah'.

 

Karnival tersebut antara lain bertujuan untuk mengimarahkan dan menghidupkan masjid dengan pelbagai aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan, selain menzahirkan dan memahami fungsi masjid sebagai tempat yang digemari dan tidak asing bagi masyarakat.

 

Karnival yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Sharif Ali melalui Kumpulan Syababul Iman tersebut berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan berakhir pada 2 April 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19