FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kajian Susulan KBPP bermula 3 April 2017


 


 April 2nd, 2017  |  07:16 AM  |   1464 views

Bandar Seri Begawan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. – Kearah mengemaskini bilangan dan maklumat penduduk yang telah diperolehi semasa Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2011 dan bagi kegunaan banci dan kajian akan datang, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri telah mengendalikan Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan (KBPP) 2016. 

 

KBPP 2016 tersebut meliputi semua rakyat Negara Brunei Darussalam, penduduk tetap atau sementara termasuk para pekerja asing di negara ini dan hasil dapatan daripada KBPP 2016 akan memberikan penanda aras baru bagi kegunaan penilaian, perancangan dan pembentukan dasar oleh pihak Kerajaan dan pelbagai tujuan penganalisaan dan penyelidikan oleh pengguna-pengguna lain.

 

Berikutan dengan itu JPKE akan menjalankan Kajian Susulan KBPP 2016 di seluruh negara secara berperingkat yang melibatkan tempat-tempat kediaman yang telah dikenalpasti sahaja.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Ahmad semasa mempengerusikan sidang media yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 7, JPKE, di sini.

 

Menurutnya, Kajian Susulan KBPP 2016 yang akan bermula pada 3 April 2017 itu bertujuan untuk menilai kualiti data yang telah diperolehi bagi memastikan KBPP 2016 mencapai tahap kualiti yang sewajarnya dari segi liputan yang menyeluruh serta ketepatan dan kandungan yang lengkap bagi setiap maklumat yang diperlukan.

 

Sementara itu Pengarah Perangkaan, Dayang Hajah Mariah binti Haji Yahya menjelaskan  pegawai-pegawai banci yang akan menjalankan Kajian Susulan KBPP 2016 akan membawa Kad Pengenalan dan mengenakan vest khas bagi tujuan pengenalan.

 

Beliau juga menyeru  orang ramai agar akan dapat memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai banci bagi melancarkan  Kajian Susulan KBPP 2016.

 

Kearah ini ketua-ketua isi rumah turut dipohonkan untuk melaporkan kepada JPKE jika sekiranya tempat kediaman mereka belum dikunjungi bagi KBPP 2016 atau borang tanya banci yang telah diedarkan belum diambil semula oleh pegawai banci.

 

Kajian Susulan yang dijalankan ini adalah di bawah Akta Banci, Bab 78 daripada Undang-Undang Negara Brunei Darussalam yang mewajibkan orang ramai untuk bekerjasama dan mematuhi apa jua keperluan bagi melengkapkan soalan banci.

 

Kegagalan berkerjasama merupakan satu kesalahan dan bab berkenaan turut memperuntukan denda sebanyak BND 2,500 dan penjara selama 6 bulan jika sabit kesalahan, jelas beliau lagi.

 

Orang ramai yang memerlukan keterangan lanjut mengenai Kajian Susulan KBPP 2016 boleh menghubungi JPKE di talian 223 0250 atau 223 0265 semasa waktu bekerja atau melalui emel di alamat [email protected]

 

Keterangan lanjut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi JPKE di alamat www.jpke.gov.bn.  JPKE terletak  di alamat Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

 

 

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BRUDIRECT.COM

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16