FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 250 pemancing sahut Cabaran Joran


AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat semasa menyaksikan hasil dapatan para peserta di Cabaran Joran anjuran Majlis Perundingan Kampung RPN Panchor, Mengkubau. | Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 April 3rd, 2017  |  07:45 AM  |   975 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 April. - Dataran Dermaga Diraja penuh ceria dengan kehadiran pengunjung kaki pancing yang menyertai aktiviti Cabaran Joran yang diadakan di ibu negara di sini.

 

Aktiviti memancing tersebut berjaya mengumpulkan 262 pemancing yang merupakan acara sempena Bandarku Ceria anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri dan Capt Fred's Fishing Supply.

 

Penganjuran aktiviti bertujuan memberikan peluang kepada para penggemar aktiviti memancing untuk beriadah pada hujung minggu dalam suasana keceriaan.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat acara tersebut dalam ucapannya antara lain menyeru kepada golongan belia agar terus melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah tanpa mengabaikan tanggungjawab lain seperti keluarga, pekerjaan dan pembelajaran.

 

Kategori-kategori yang dipertandingkan dalam acara tersebut ialah Kategori Ikan Terberat yang menyediakan tiga hadiah utama dan 10 hadiah sagu hati, Kategori Ikan Terpantas, iaitu enam ekor ikan yang awal sampai ke meja timbangan dan Kategori Khas, iaitu ikan paling ringan, ikan terbanyak perseorangan, ikan terpanjang, peserta senior (warga emas) dan peserta termuda.

 

Pada Cabaran Joran tersebut menyaksikan tangkapan pertama seawal jam 7.15 pagi yang diperolehi melalui peserta Awang Mohd. Zul Azri bin Haji Abdul Rashid dan ikan terberat dicatatkan seberat 875 gram diperolehi pada jam 9.15 pagi oleh Awang Mohd Alizan bin Haji Jaafar.

 

Sementara itu, ikan teringan yang berjaya ditangkap ialah seberat 10g. Manakala peserta terbanyak memperoleh ikan pada Cabaran Joran berkenaan ialah Awang Mohd. Asmawi dengan tangkapan sebanyak lima ekor ikan.

 

Pada Cabaran Joran itu turut menyaksikan penyertaan peserta paling senior turut menerima hadiah yang disandang oleh Awang Nawi bin Hassan berusia 68 tahun dan peserta termuda ialah Awang Mohd. Abdul Azim bin Osmandey berusia 6 tahun.

 

Salah seorang pemancing yang ikut serta menyahut baik aktiviti yang dianjurkan oleh MPK RPN Kampung Panchor Mengkubau ini. Semasa ditemui Awang Haji Reduan bin Haji Anwar dan isterinya, Dayang Nurulhuda binti Haji Ibrahim berkata, aktiviti sebegini merupakan pemangkin kepada budaya sihat lebih-lebih lagi ia didakan bersempena Bandarku Ceria.

 

Aktiviti Cabaran Joran berakhir pada jam 11.00 pagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19