Home > Bahasa Melayu
Pertahankan survival sejarah negara
Pertahankan survival sejarah negara PEMANGKU Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Awang Hanafi bin Haji Salleh semasa hadir pada majlis Program Outreach : Mendekati Sejarah Silam bertempat di Selkolah Menengah Katok. | Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
April 4th, 2017 | 08:41 AM | 1904 views
BANDAR SERI BEGAWAN
KATOK, Isnin, 3 April. - Sejarah silam dapat memberi pendedahan positif dan pengetahuan berguna kepada generasi muda khususnya penuntut-penuntut sekolah menengah tentang kepentingan mempelajari dan mengetahui sejarah serta relevannya pelajaran sejarah terhadap pembangunan negara.
Menurut Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Hanafi bin Haji Salleh, Program Outreach : Mendekati Sejarah Silam yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Katok memberi tumpuan kepada generasi belia untuk memahami dan mencintai sejarah negara bangsa, kerana mereka inilah generasi penerus kepada pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Melalui kefahaman dan kecintaan tersebut tambahnya, akan mendorong generasi pewaris negara pada masa kini untuk taat kepada raja, bangsa dan negara serta mendukung falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).
Oleh itu, beliau berharap program berkenaan akan dapat memberi pendedahan kepada para penuntut sekolah melalaui interaksi dan sesi sosal jawab tentang apa jua persoalan yang timbul khususnya perkara-perkara yang melibatkan sejarah negara.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Katok, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd. Salleh menyatakan, tujuan program itu diadakan adalah bagi mendukung falsafah MIB melalui pengetahuan dan pembelajaran sejarah dalam kalangan generasi muda dan belia supaya mereka mempunyai semangat patriotik dan jati diri.
Program yang berlangsung selama tiga hari hingga 5 April 2017 itu merupakan anjuran PSB dengan kerjasama Sekolah Menengah Katok turut diisikan dengan taklimat dan penerangan ringkas mengenai fungsi dan peranan PSB selain dimuatkan dengan bengkel, pameran, klinik buku dan aktiviti lainnya.
Melalui program berkenaan dihasrat akan menjadi pemangkin khususnya dalam meananamkan minat genrasi muda dan belia terhadap pentingnya mengetahui sejarah ke arah pembangunan negara bangsa disamping menjaga dan mempertahankan survival sejarah negara dalam menempuhi dunia globalisasi yang semakin mencabar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]