FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei tuan rumah Mesyuarat ke-49 SEAFDEC


TETAMU Kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa bergambar ramai. | Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 April 4th, 2017  |  08:42 AM  |   855 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 April 2017. – Negara Brunei Darussalam (NBD) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ke-49 Council of the Southeast Asian Fisheries Development Centre (SEAFDEC) yang bermula hari ini hingga 7 April 2017 berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

 

Hadir merasmikan mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai  substantif dan pertimbangan dasar  serantau yang   berkepentingan  seperti membenteras penangkapan ikan yang tidak sah yang tidak mengikuti peraturan dan tidak dilapor (IUU fishing) di rantau ini selaras dengan penggunaan Deklarasi Bersama ASEAN-SEAFDEC mengenai Kerjasama Serantau dan Meningkatkan Daya Saing Produk Ikan dan Perikanan ASEAN.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Perikanan, Awang Abdul Halidi Mohd. Salleh, selaku pengerusi bagi SEAFDEC Council dari April 2017 hingga Mac 2018  di majlis tersebut. 

 

Menurutnya, mereka juga bertanggungjawab  membincangkan lebih lanjut mengenai Konsep Cadangan ke arah pembangunan Dasar Perikanan bersama ASEAN sebagai tindak balas kepada cadangan yang dibuat oleh Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMAF) ke-38 tahun lepas.

 

NBD telah menjadi ahli pertubuhan SEAFDEC ini semenjak tahun 1995 dan pada masa ini pertubuhan SEAFDEC dianggotai oleh kesemua anggota ahli ASEAN dan negara Jepun.

 

Mandat SEAFDEC ditubuhkan adalah bagi memajukan dan mengurus potensi sumber perikanan di rantau ini dengan penerokaan sumber yang rasional bagi menyumbang sekuriti dan keselmatan makanan kepada penduduk dan mengurangkan kemisikinan melalui aktiviti penerapan teknologi baru, penyelidikan dan penyebaran maklumat.

 

Pertubuhan SEAFDEC juga adalah sebagai lengan teknikal (technical arm) kepada pertubuhan ASEAN dalam bidang perikanan.

 

Mesyuarat ke-49 Council of SEAFDEC ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 dan seterusnya meluluskan projek-projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2017.

 

Di samping it, mesyuarat juga membincangkan projek-projek yang akan dilaksanakan dibawah kerjasama SEAFDEC dan badan ASEAN dibawah Kumpulan Kerja ASEAN dalam Sektor Perikanan (ASEAN Sectoral Working Group in Fisheries, ASWGFi).

 

ASEAN Catch Documentation Scheme yang dilancarkan adalah sangat bertepatan dengan usaha NBD untuk memajukan hasil sektor tangkapan negara ini dalam memenuhi keperluan eksport produk perikanan khususnya ke negara Amerika Syarikat dan negara-negara Persekutuan Eropah.

 

Negara Brunei Darussalam telah diberi penghormatan untuk menjadi tapak bagi ‘pilot projek’ ini sebelum ianya digunapakai oleh setiap negara SEAFDEC apabila ianya berjaya.

 

Mesyuarat ini dihadiri oleh peringkat ketua pengarah atau pengarah di Jabatan Perikanan atau Jabatan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan perikanan di setiap negara ahli.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16