Home > Bahasa Melayu
4 ditangkap, disyaki terlibat perjudian loteri
UNIT Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei di tempat kejadian Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
August 14th, 2017 | 09:54 AM |
1966 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah telah menangkap dua orang warga asing, seorang penduduk tetap dan seorang lagi warga tempatan kerana disyaki mengendalikan perjudian Loteri 4D.
Menurut Siaran Akhbar PDB, tangkapan dibuat pada 12 Ogos 2017 di dua lokasi berasingan di Bandar Seri Begawan selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan perjudian Loteri 4D.
Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam mengendalikan perjudian tersebut.
Kes tersebut dalam siasatan di bawah Seksyen 4 - kesalahan melibatkan pengendalian loteri, Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Brudirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]