Home > Bahasa Melayu
Rombongan ketiga jemaah haji negara bertolak
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
August 14th, 2017 | 10:08 AM | 1013 views
BERAKAS
Kumpulan ketiga yang membawa seramai 253 bakal jemaah haji negara berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) menggunakan pesawat Royal Brunei BI4207 sekitar jam 8.08 malam ini.
Dengan menaiki penerbangan yang dijangka tiba 12.48 tengah malam waktu Madinah itu, para tetamu Allah kali ini terdiri daripada 115 lelaki serta 133 perempuan termasuk lima pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan dan Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad.
Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di sini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Datin; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Amanah Islam Brunei; dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Duta Besar, Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Bagi memohon keselamatan, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang sementara azan dilaungkan oleh Mudim Awang Haji Metassim bin Haji Metussin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]