FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen kebersihan persekitaran sekolah kerajaan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman merasmikan Kempen Kebersihan di Persekitaran Sekolah-Sekolah Kerajaan Seluruh Negara yang bertemakan 'Sekolahku Rumahku'. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 August 14th, 2017  |  10:09 AM  |   998 views

GADONG

 

 

 

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet telah mengadakan Kempen Kebersihan di Persekitaran Sekolah-Sekolah Kerajaan Seluruh Negara yang mengambil tempat di Bangunan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB), Gadong.

 

Kempen yang bertemakan 'Sekolahku Rumahku'  dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA, Awang Haji Sammali bin Haji Adam, diikuti dengan penyampaian sumbangan berupa Buku Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mesin pemotong rumput yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

 

Sebanyak enam buah mesin pemotong tumput diagihkan kepada ketua-ketua kluster, sementara Buku SOP diagihkan kepada wakil-wakil dari setiap jabatan di bawah Kementerian Pendidikan, wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi dan juga ketua-ketua kluster.

 

Sejurus selepas perasmian, acara diteruskan dengan aktiviti menanam pokok bunga di kawasan Bangunan Science dan ICT maktab berkenaan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Kempen Kebersihan diadakan di tiga kawasan berasingan iaitu di kawasan MDPMAMB disertai oleh tetamu kehormat bersama Timbalan Menteri Pendidikan dan diketuai oleh penyelaras lokasi, Pengetua MDPMAMB, Dayang Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim.

 

Di samping itu, kempen juga diselajurkan dengan pelancaran Program 'MD Recycle Drive'  yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan dan kepentingan kitar semula kepada para pelajar.

 

Sementara itu,  di  Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), kempen disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), ketua-ketua jabatan serta para pegawai dari Kementerian Pendidikan yang  turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan makanan dan minuman dari pelajar-pelajar Pusat Perdagangan IBTE.

 

Sementara lokasi ketiga Kempen Kebersihan  melibatkan kawasan persekitaran UNISSA yang diketuai oleh Rektor UNISSA bersama lebih 100 orang yang ikut serta  terdiri daripada kalangan pensyarah, pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar UNISSA.

 

Inisiatif Kempen Kebersihan tersebut akan dilaratkan di kesemua sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memastikan kebersihan aset di kawasan sekolah sentiasa terpelihara, di samping memupuk sifat 'kekitaan' dalam menjaga kebersihan sekolah bukan sahaja daripada pihak sekolah dan warga kementerian tetapi juga daripada pihak yang berkepentingan.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54