FacebookInstagramTwitterContact

 

Gambling Activity Foiled           >>           Temporary Slip Road Closure           >>           Water Disruption           >>           National Speech Contest           >>           Religious Programme           >>           Workshop Closing Ceremony           >>           MoU Signing for Internationalisation of Higher Education           >>           Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates           >>           UK Borrowing Casts Doubt On Pre-Election Tax Cut Prospects           >>           UNRWA: Restart Aid To Palestinian UN Agency, EU Urges           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua buah rumah musnah dalam kebakaran


KEBAKARAN meranapkan dua buah rumah di Kampung Bakut Pengiran Siraja Muda 'A'. Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bomba dan Penyelamat

 


 August 16th, 2017  |  10:09 AM  |   1888 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Dua buah rumah di Kampung Bakut Pengiran Siraja Muda A musnah dalam kebakaran sementara tiga buah rumah yang berhampiran turut terjejas akibat kebakaran tersebut.

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.07 pagi, bergegas ke tempat kejadian dengan empat buah perahu bersama 22 anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun, Balai Bomba Pelancaran dan Balai Bomba Laut yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Operasi 'D', SSFR Hadi Zulfadli bin Yahya.

 

Menurut kenyataan JBP, ketika bomba tiba di lokasi kejadian, api besar membakar keseluruhan rumah milik seorang perempuan berbangsa Melayu bersama lapan orang penghuni. Api besar tersebut turut meranapkan rumah jenis dua tingkat yang didiami seorang lelaki berbangsa Melayu bersama tujuh orang penghuni. Sementara tiga buah rumah telah mendapat kerosakan kerana terkena bahangan kebakaran tersebut. Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan pam bagi menyedut air terbuka dan berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah-rumah yang berdekatan dalam masa 20 minit.

 

Kesemua penghuni dalam keadaan selamat. Kerugian dianggarkan sebanyak BND122,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Juga berada di lokasi kejadian, Pengarah  Bomba dan Penyelamat, Leftenan Kolonel (B) Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

 

Sehubungan itu, JBP ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan meningkatkan lagi aspek keselamatan di kediaman masing-masing dengan memastikan kediaman dilengkapi dengan alat pencegah kebakaran seperti alat pemadam api, selimut api, alat pengesan asap. Mempelajari dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai cara penggunaan alat pemadam api dan selimut api bagi memadamkan kebakaran kecil.

 

Orang ramai juga perlu memastikan penggunaan peralatan elektrik sentiasa dikawal dan mengikut piawaian yang betul terutama sekali pendawaian dan penyambungan lampu-lampu cucul agar tidak melebihi beban (overload) atau usang serta diselanggara oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Pastikan menutup atau mematikan suis-suis peralatan elektrik jika tidak menggunakannya atau semasa meninggalkan rumah. JBP juga mengingatkan agar memastikan kepala dan hos silinder gas LPG mengikut piawaian yang betul dan diiktiraf oleh pihak BSM dan tidak meninggalkan masakan semasa memasak di dapur.

 

Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates

 2024-04-24 08:19:11