Home > Bahasa Melayu
BKN, PMNIDAT perluas kerjasama
PEMANGKU Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Awang Haji Jaffari bin Haji Mahadi bersama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Thailand, Dr. Paskorn Chaivanichsiri. Siaran Akhbar dan Foto : Biro Kawalan Narkotik (BKN)
August 16th, 2017 | 10:18 AM |
2808 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Biro Kawalan Narkotik (BKN) menerima lawatan kerja kali kedua dari Princess Mother National Institute on Drug Abuse Treatment (PMNIDAT), Thailand selama dua hari pada 15 - 16 Ogos 2017.
Menurut Siaran Akhbar Biro Kawalan Narkotik (BKN), rombongan terdiri daripada 11 pegawai dari institusi berkenaan dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan, Dr. Paskorn Chaivanichsiri.
Pemangku Pengarah, BKN, Awang Haji Jaffari bin Haji Mahadi semasa menyampaikan ucapannya ketika mengalu-alukan lawatan kerja rombongan tersebut di Ibu Pejabat BKN berharap lawatan tersebut dapat memenuhi objektifnya dan yang lebih penting dapat mengukuhkan kolaborasi serta kerjasama ke arah menyediakan perkhidmatan rawatan juga pemulihan dadah bagi mengurangkan kes-kes berulang di kedua-dua negara.
Menurutnya, beliau mengambil maklum bahawa pusat rawatan juga pemulihan di Negara Brunei Darussalam dan Thailand berkongsi amalan yang sama dalam melaksanakan pendekatan Komuniti Terapeutik (TC) dan melalui ini beliau percaya mereka akan dapat berkongsi juga bertukar-tukar amalan terbaik.
Objektif lawatan kerja tersebut untuk membincangkan dasar atau polisi dalam kerjasama serantau serta memperluaskan lagi pengalaman dalam rawatan juga pemulihan dadah.
Di samping itu, ia juga untuk mengetahui dan mempelajari program atau kaedah rawatan juga pemulihan yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dan mengukuhkan kerjasama akademik dalam bidang rawatan juga pemulihan di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]