Home > Bahasa Melayu
Darwin hos SEASC Ke-15
TETAMU kehormat, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah pada Majlis Penutup Kongres Ukur Asia Tenggara Kali Ke-14. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Mohd. Amirul Hilmi Jali / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
August 18th, 2017 | 09:35 AM | 865 views
GADONG
Kongres Ukur Asia Tenggara Kali Ke-14 yang mengumpulkan lebih 300 penyertaan dalam dan luar negeri mengakhiri persidangannya hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berlangsung di Songket Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun di sini ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah.
Terdahulu, Presiden Brunei Institution of Geomatics (B.I.G), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan selaku Pengarah Kongres dalam ucapannya antaranya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang berjaya mengendalikan kongres selama tiga hari itu.
Di majlis tersebut tetamu kehormat juga menyaksikan penyerahan bendera daripada Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim selaku Pengerusi Kongres kepada wakil negara hos SEASC seterusnya iaitu Darwin, Asutralia, Peter Barrat.
Dalam ucapan Peter Barrat mengalu-alukan para peserta kongres ke negaranya bagi menyelenggarakan SEASC buat kali yang ke-15 pada tahun 2019 nanti.
Katanya, kongres yang berlangsung dua tahun hadapan itu nanti diharap akan menjadi satu landasan untuk berkongsi ilmu pengetahuan melalui pelbagai perspektif dan teknik yang di aplikasi dengan adanya penyertaan para peserta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]