FacebookInstagramTwitterContact

 

2023 BIMP-EAGA SPM Dirasmikan           >>           Penandatanganan MoU Penaiktarafan BGEC           >>           Pelancaran Pusat Kecemerlangan Sejarah, Kesultanan Brunei Psb           >>           'I Had To Breastfeed My Husband On Holiday – It Was The Weirdest Thing We've Done'           >>           Librarians Left In Stitches As Overdue Book Finally Returned After 43 Years           >>           Khloe Kardashian Sets The Record Straight On Her Current Relationship Status           >>           Eminem's Daughter Hailie Jade Is Engaged To Evan Mcclintock           >>           See Chris Brown's Shocking Reaction To Losing 2023 Grammy For Best R&B Album           >>           Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK           >>           Tech Lay-Offs: Dell To Cut Workforce           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:07 AM

Subuh

: 05:17 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:35 PM

Asar

: 03:56 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:44 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gerakkan anak buah, aktif dalam rancangan diungkayahkan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa mengadakan Sesi Muzakarah (Hari Kedua) bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 August 18th, 2017  |  09:36 AM  |   833 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selaku rakyat dan penduduk negara ini, apakah yang dapat kita sembahkan sebagai pesambah atau hadiah kepada seorang Raja yang sangat prihatin kepada kesejahteraan hidup rakyat dan penduduknya dan mengurniakan berbagai kemudahan yang dapat menjamin taraf hidup yang baik untuk semua.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyatakan perkara tersebut semasa berucap pada Sesi Muzakarah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara (DBM) bagi Zon 2, Zon 4 dan Zon 5 yang berlangsung di Jabatan DBM, Berakas, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat, tidak ada selain doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dengan terus dikurniakan taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wata'ala, kekal karar memerintah negara ini turun temurun.

 

Selain dari melahirkan taat setia rakyat dan penduduk negara ini yang tidak berbelah bahagi, dengan menyertai secara tulus ikhlas acara-acara yang diaturkan sempena Sambutan Jubli Emas Baginda.

 

"Dalam sedikit masa lagi, InsyaaAllah kita akan menyambut satu lagi sambutan kenegaraan iaitu Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  Menaiki Takhta. Oleh yang demikian, saya sukacita memohon kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung supaya akan dapat menggerakkan anak buah kampung dan mukim untuk mengambil peranan melibatkan diri dengan aktif dalam rancangan-rancangan yang akan diungkayahkan", jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat mengimbas kembali sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi pada hari Khamis, 28 Rabiulawal 1438 bersamaan 26 Januari 2017.

 

Duli Yang Teramat Mulia bersabda : "Saya percaya dengan kesepakatan dan komitmen tinggi semua pihak, acara-acara Sambutan Jubli Emas ini akan menjadi wadah pada memantapkan lagi keharmonian bernegara melalui jalinan akrab di antara Raja dan rakyat jelata; bersatu padu dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran Negara serta untuk sama-sama memajukan Negara"

 

Oleh yang demikian, menurut Yang Berhormat, selaku Penghulu dan Ketua Kampung, kita hendaklah menjunjung tinggi sabda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota itu yang mengandungi nasihat dan saranan yang bernas.

 

Yang Berhormat menambah, inilah masa yang sangat relevan dan signifikan bagi seluruh rakyat dan penduduk di Negara ini untuk menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Yang Berhormat, adalah wajar bagi kita, rakyat dan penduduk di Negara ini bersyukur, yang dalam tempuh pemerintahan Baginda selama 50 tahun telah dapat membawa Negara ini berkembang maju dalam pelbagai bidang dengan rakyat dan penduduknya berada dalam keamanan, ketenteraman, keselamatan dan dengannya membolehkan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.

 

Paling minima jelas Yang Berhormat, ialah untuk mengibarkan bendera Negara di rumah-rumah kediaman masing-masing apabila diperlukan nanti. Menghadirkan diri dan menyertai acara perbarisan raksasa mengalu-alukan perarakan baginda mengelilingi Bandar Seri Begawan pada 5 Oktober 2017.

 

Menghadirkan diri dan menyertai acara Junjung kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk Daerah-Daerah.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Deputy Minister: Moh In Final Phase Of Preparing Health White Paper

 2023-02-07 09:43:27

Second Balloon Over Latin America Is Ours – China

 2023-02-07 11:27:53

Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK

 2023-02-07 12:10:04