FacebookInstagramTwitterContact

 

Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>           FA Cup Replays To Be Scrapped From 2024-25 Season           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Zahirkan Kesyukuran Kepada Allah Subhanahu Wata'ala


ANTARA yang menyertai jemaah masjid ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. TAZKIRAH Subuh dengan tajuk 'Nikmat Allah Yang Didustakan' disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Haji Sham bin Haji Amin. TAZKIRAH Subuh dengan tajuk 'Nikmat Allah Yang Didustakan' disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Haji Sham bin Haji Amin.ANTARA yang menyertai jemaah masjid ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. TAZKIRAH Subuh dengan tajuk 'Nikmat Allah Yang Didustakan' disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Haji Sham bin Haji Amin. Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 August 28th, 2017  |  09:53 AM  |   695 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Umat manusia diseru agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah Subhanahu Wata’ala kurniakan seperti peringatan dalam firman-Nya dalam Surah Ar-Rahman yang bermaksud "Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?".

 

Pengulangan ayat tersebut merupakan bukan sekali, malah sebanyak 31 kali. Ini menunjukkan bahawa nikmat yang Allah berikan kepada manusia bukan diingkari malah lebih banyak.

 

Demikian antara kandungan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Haji Sham bin Haji Amin semasa Program Masjidku Makmur Negara Berkat yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

 

Awang Haji Sham seterusnya menegaskan, apa yang sering dilakukan oleh manusia adalah mendustakan atau tidak mengakuinya disebabkan kelalaian, kealpaan atau kejahilan manusia itu sendiri.

 

Beliau turut menambah, sesungguhnya segala nikmat kurniaan Allah itu hanyalah pinjaman semata-mata dan yang kekal hanyalah zat Allah Subhanahu Wata’ala.

 

Program mingguan kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar 'Ali Saifuddien kali ini  membawakan tajuk 'Nikmat Allah Yang Didustakan'.

 

Antara yang menyertai jemaah masjid ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

 

Program juga dihadiri oleh para pegawai dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar, KHEU.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17