FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Treler perahu mesti berdaftar dan dilesenkan


PEMANGKU Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud menerangkan mengenai pendaftaran dan pelesenan treler perahu dalam Sidang Media yang berlangsung di Jabatan Pengangkutan Darat Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 August 29th, 2017  |  10:14 AM  |   1972 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Pemilik-pemilik treler perahu yang sedia ada dan yang ingin memiliki treler perahu baharu  bahawa pendaftaran dan pelesenan treler perahu akan mula dilaksanakan sepenuhnya bermula 2 Januari 2018.

 

Oleh yang demikian,  bermula tarikh berkenaan kesemua treler perahu adalah dimestikan untuk didaftarkan dan dilesen dan tindakan undang-undang akan diambil jika  treler perahu itu didapati tidak berdaftar dan berlesen.

 

Pelaksanaan penuh dan pendaftaran treler itu adalah mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68 dan ia juga sebagai langkah berterusan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya di negara ini.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa Sidang Media yang berlangsung di JPD.

 

Pengiran Mohd. Amirrizal seterusnya menjelaskan, proses pendaftaran dan pelesenan semua treler perahu yang sedia ada hendaklah dibuat termasuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas 2B bagi pemandu yang akan memandu treler berkenaan bermula hari ini dan sebelum tarikh pelaksanaan awal tahun depan itu.

 

"Adalah menjadi kesalahan Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya jika didapati treler perahu dipandu tanpa memiliki Lesen Memandu 2B yang sah," katanya.

 

Sementara bagi treler perahu baharu, tambahnya, mereka hendaklah mendaftarkan dan melesenkan treler tersebut dengan JPD mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

 

Kadar Lesen Kenderaan bagi treler perahu katanya, ialah BND10 setahun dan semua treler perahu dimestikan untuk mendapatkan insurans perlindungan bagi treler itu atau secara menyeluruh termasuk kenderaan penunda.

 

Beliau juga menambah, pemeriksaan setiap enam bulan dibuat ke atas treler-treler yang sedia ada dan terpakai berbanding treler perahu baharu yang akan bermula selepas tempoh tiga tahun dari tarikh didaftarkan.

 

Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat seterusnya menegaskan, bagi mereka yang didapati melanggar peraturan akta berkenaan akan didenda sehingga membawa hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak BND2,000.

 

Sebarang keterangan lanjut, bolehlah melayari laman sesawang menerusi ‘www.mincom.gov.bn/ltd’ atau menghubungi talian 2451980 sambungan 510/511/513 atau datang terus berjumpa ketua-ketua Cawangan JPD di keempat-empat daerah.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17