Home > Bahasa Melayu
Membudayakan Al-Quran kalangan penuntut
TIMBALAN Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hadir selaku tetamu kehormat majlis Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 29th, 2017 | 10:15 AM |
956 views
KILANAS
Awang Muhammad Amirul Husaini bin Moksin dan Dayang Nur Tajwida Insyirah binti Haji Isa yang mewakili Sekolah Menengah Sayyidina Hasan (SMSH) masing-masing muncul johan lelaki dan perempuan Peringkat Akhir Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Ke-33 Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.
Majlis berlangsung di Dewan SMSH berkenaan.
Penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.
Naib johan lelaki dan perempuan masing-masing disandang oleh Awang Md. Firdaus bin Sait dan Dayang Seri Syazwani binti Haji Rosman, manakala Awang Md. Helmi Fahziq bin Hoseni dan Dayang Saizatul Natasya binti Saipol Rizal pula mendapat tempat ketiga.
Pertandingan antara lain bertujuan untuk membudayakan Al-Quran dalam kalangan penuntut-penuntut agar mereka dapat mempelajari, membaca dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan dan menanamkan minat para penuntut dengan Al-Quran selain memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran ke arah yang lebih sempurna.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]