Home > Bahasa Melayu
Peraduan syarahan wadah menyampaikan maklumat MIB
TETAMU kehormat Majlis Peraduan Syarahan MIB Peringkat Daerah, Ahli Majlis Mesyuarat Diraja juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Hamid bin Bakal. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
August 29th, 2017 | 10:16 AM | 912 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dayang Siti Nurul Afifah binti Haji Zaidin muncul johan Kategori Institusi Pengajian Tinggi pada Peraduan Syarahan Melayu Islam Beraja (MIB) Peringkat Daerah sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun Menaiki Takhta.
Naib johan kategori tersebut disandang oleh Awang Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib.
Sementara Awang Muhammad Firdaus bin Sait muncul johan bagi Kategori IBTE / Sekolah Menengah dan naib johan, Dayang Halimastus Rabeatul Saiedah binti Huzaimi.
Manakala bagi Kategori Orang Awam dijuarai Awang Muhammad Naqib bin Haji Awang dan naib juara ialah Dayang Norfadizlina binti Haji Abd Rahman.
Johan setiap kategori pertandingan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND200 berserta sijil penyertaan, sementara naib johan membawa pulang wang tunai BND150 berserta sijil penyertaan.
Penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Diraja juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Hamid bin Bakal.
Pertandingan yang bertemakan ‘MIB Teras Keteguhan Negara’ itu disertai 12 peserta yang dibahagikan kepada tiga kategori, antara lain bertujuan sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat mengenai MIB kepada orang ramai sebagaimana pengisytiharan MIB sebagai konsep Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.
Peraduan syarahan yang diadakan di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertujuan untuk mencari dua orang peserta terbaik bagi setiap kategori bagi mewakili Daerah Brunei dan Muara ke Pertandingan Peringkat Negara yang akan diadakan pada bulan September depan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]