Home > Bahasa Melayu
30 anggota ABDB sertai misi pengaman UNIFIL
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah semasa hadir pada majlis pemergian bagi 30 anggota ABDB yang akan mengikuti penugasan misi pengaman. Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
August 29th, 2017 | 10:24 AM | 3086 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis pemergian bagi 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan mengikuti penugasan misi pengaman ke Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) diadakan di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison, Berakas, di sini.
Pasukan Pengaman ABDB itu akan menyertai pasukan tentera dari Malaysia di dalam Batalion Malaysia 850-5 (MALBATT 850-5).
Pada majlis tersebut, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah telah menyerahkan bendera negara kepada Ketua Kontinjen UNIFIL, Mejar Khairul Azme bin Haji Mohidin dan seterusnya Pemerintah ABDB diperkenalkan kepada anggota pengaman ABDB.
Antara yang hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah awam dan tentera, komandan-komandan dan pegawai-pegawai kanan ABDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]