Home > Bahasa Melayu
Atlet silat negara gagal mara
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad
August 29th, 2017 | 10:26 AM | 903 views
KUALA LUMPUR
Harapan atlet silat jurus tunggal lelaki negara, Mohd. Imanuddin bin Haji Ahmad untuk mara ke pusingan akhir terhenti apabila hanya menduduki tempat terakhir dalam Kumpulan 'A' saingan peringkat awal.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan tersebut, Mohd. Imanuddin hanya mampu memperoleh 444 mata sekali gus gagal mara ke peringkat akhir selepas mencatat mata paling rendah berbanding dengan atlet Laos, Filipina dan Singapura dalam kumpulan yang sama.
Almohaibid abad dari Filipina dengan 458 mata, Mohd Iqbal Abdul Rahman dengan 456 mata dari Singapura dan Chantilath Souksavanh dari Laos dengan 452 mata mara ke pusingan akhir.
Manakala Muhd. Afifi bin Nordin dari Malaysia mengungguli Kumpulan 'B' dengan kutipan markah 468, diikuti rapat dengan peserta silat tunggal Indonesia, Sugianto dengan 462 markah dan Ilyas Sadara dari Thailand dengan kutipan mata 456 sekali gus mara ke peringkat akhir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]