FacebookInstagramTwitterContact

 

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging           >>           China Economy Grows Faster Than Expected In First Quarter           >>           Unemployment Jumps As UK Jobs Market Stalls           >>           Scotland's Unemployment Rate Down Over Winter           >>           Donald Trump's Truth Social Shares Drop To Lowest Since January           >>           Jeremy Bowen: Iran's Attack On Israel Offers Netanyahu A Lifeline           >>           Historic Copenhagen Stock Exchange In Denmark Goes Up In Flames           >>           Supreme Court Hears Case That May Impact Trump Prosecution           >>           Togo Constitution: Opposition Says Changes Are Presidential 'Power Grab'           >>           Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Atasi kemiskinan, rancang kewangan secara teratur


PENASIHAT Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Datin Hajah Masni binti Haji Mohammad Ali semasa berucap pada Bengkel Literasi Kewangan Ibu-Ibu dan Anak-Anak Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 September 11th, 2017  |  09:48 AM  |   1119 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Literasi Kewangan adalah salah satu kaedah mengurangkan kemiskinan dan seterusnya menjurus pada sifar kemiskinan dalam kalangan banyak masyarakat.

 

Melalui Literasi Kewangan ini juga bermaksud mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang hal-hal kewangan yang berkaitan dengan perbankan, hartanah, insurans, pelaburan, simpanan dan cukai, selain juga bermaksud keupayaan ahli-ahli komuniti untuk memproses informasi ekonomi serta membuat keputusan tentang perancangan kewangan.

 

Demikian dijelaskan oleh Penasihat Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Datin Hajah Masni binti Haji Mohammad Ali pada Bengkel Literasi Kewangan Ibu-Ibu dan Anak-Anak anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) dengan kerjasama Standard Chartered Bank dan Hotel Radisson yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson, di sini.

 

''Dengan mengetahui literasi kewangan inilah kunci untuk mengawal budaya berhutang yang merupakan salah satu isu paling mendesak dihadapi oleh komuniti di seluruh dunia, di samping beberapa faktor yang juga menyumbang pada gaya hidup yang membebankan seperti berbelanja melampaui kemampuan, godaan gaya hidup mewah dan penggunaan barangan mahal dan kadang-kadang tidak perlu,'' ujarnya.

 

Pelita Brunei dalam temu bual bersama Datin Hajah Masni menjelaskan, para peserta bengkel terdiri daripada ibu-ibu tunggal yang dipilih melalui senarai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan jumlah keramaian peserta seramai 30 orang yang hadir bersama anak-anak mereka berumur di antara 5 hingga 12 tahun.

 

Para fasilitator yang dijemput ujarnya, terdiri daripada pegawai-pegawai atau kakitangan Standard Chartered Bank, di samping sukarelawan belia yang bertugas di bank berkenaan dan para penuntut Universiti Brunei Darussalam. Antara objektif bengkel tersebut adalah bagi membolehkan para peserta memahami asas yang lebih baik mengenai perancangan kewangan yang betul, bijak dan teratur, di samping cara-cara untuk mengurangkan risiko berhutang yang terlalu banyak.

 

Melalui penerangan pakar-pakar yang dijemput diharap para peserta akan belajar mengawal tabiat berbelanja yang berlebihan selain memahami apa perbezaan keperluan dan keinginan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50