FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerbangan pertama jemaah haji selamat pulang ke tanah air


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Hamzah Mohidin

 


 September 12th, 2017  |  08:44 AM  |   1027 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerinduan kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang berjauhan sementara bersama para tetamu Allah kini terubat apabila serombongan 254 jemaah haji penerbangan pertama selamat pulang ke tanah air.

 

Penerbangan pertama para jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei  kira-kira 3.16 petang, dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Turut sama mengalu-alukan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham A.A Zaraa; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta para pegawai kanan kementerian itu.

 

Rombongan jemaah haji terdiri daripada 110 orang yang mengikuti Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB), 139 orang  mengikuti Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad. Ini juga termasuk para Pegawai Maktab Urusan Haji Perubatan, Syarikat DHSB dan Syarikat Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad yang mengikuti Pakej DHSB dan Strait Central Agencies (B) Sendirian Berhad yang juga disertai oleh rombongan perubatan haji dari Kementerian Kesihatan.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid,  Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman.

 

Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berasa amat bersyukur atas kesempatan yang dikurniakan dan sememangnya itu menjadi satu pengalaman yang amat bermakna bagi mereka.

 

Awang Haji Abdul Salam bin Haji Awang, 58 dari Kampung Masin setentunya berharap mudahan kehidupan mereka sekeluarga akan bertambah lebih baik lagi serta diredai pada masa akan datang.

 

Beliau bersama 11 ahli kaum keluarganya itu seterusnya berkata, beliau sangat bersyukur kerana hajat yang sudah lama untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu akhirnya sudah tertunai.

 

Manakala Awang Haji Ahmad Zaki bin Haji Awang Antin, 18, merasa terharu menjejaki kaki ke tanah suci itu lebih-lebih lagi melihat sendiri bangunan Kaabah di depan mata.

 

Beliau yang berasal dari Kampung Beribi itu yang turut bersama ibu bapa dan dua lagi adik-beradiknya lain juga merasa perasaan yang begitu sebak apabila hendak meninggalkan kota suci Mekah terutama Kaabah yang memberikan suatu memori yang tak mungkin dapat dilupakannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54