FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberangkatan Kebawah DYMM ke Pavilion Komoditi NBD bagi CAEXPO Ke-14


Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 September 12th, 2017  |  08:46 AM  |   1065 views

NANNING,CHINA.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Pavilion Komoditi Negara Brunei Darussalam bagi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-14 yang berlangsung di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC), di Nanning, Republik Rakyat China.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Naib Gabenor Pertama Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Lan Tianli.

 

Kebawah DYMM kemudiannya berangkat ke Hall 5 bagi melawat Pavilion Komoditi Negara Brunei Darussalam yang disertai  lebih 100 syarikat yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) dari Negara Brunei Darussalam, Institusi-institusi Pendidikan, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta syarikat-syarikat Republik Rakyat China yang berpangkalan di Negara Brunei Darussalam.

 

Sebelum berangkat meninggalkan NICEC, Kebawah DYMM dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama para peserta pameran dari Negara Brunei Darussalam.

 

Pavilion Komoditi Negara Brunei Darussalam bagi CAEXPO Ke-14 memberi peluang bagi perusahaan-perusahaan, institusi-institusi dan syarikat-syarikat tempatan dalam mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing dalam pasaran antarabangsa.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39