Home > Bahasa Melayu
Berkenan berangkat ke Perjumpaan Dua Hala
Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
September 12th, 2017 | 08:47 AM | 1181 views
NANNING,CHINA.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Perjumpaan Dua Hala dengan Member of the Standing Committee of the Political Bureau of the Communist Party of China (CPC) Central Committee and Vice Premier of the State Council, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Zhang Gaoli dan seterusnya berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China (CABIS) Ke-14. Kedua-dua acara berlangsung di Liyuan Resort, Nanning.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Sejurus keberangkatan tiba di Liyuan Resort, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Naib Gabenor Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Zhang Xiaoqin.
Semasa keberangkatan tiba di Bilik Perjumpaan Khas, Kebawah DYMM dijunjung oleh TYT Zhang Gaoli.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM dan TYT berbincang mengenai perkara-perkara hubungan dua hala termasuk usaha-usaha untuk mempromosikan secara lebih lanjut kerjasama ekonomi. Kebawah DYMM dan TYT menghargai peranan Ekspo ASEAN-China (CAEXPO) dalam memperkukuhkan hubungan-hubungan pelaburan dan perdagangan antara ASEAN dan China.
Dalam hal ini, Kebawah DYMM mengalu-alukan TYT untuk mengunjungi Pavilion City of Charm Negara Brunei Darussalam semasa CAEXPO Ke-14.
Kebawah DYMM seterusnya beredar ke Banquet Hall bagi menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh TYT Zhang Gaoli untuk meraikan kehadiran ketua-ketua negara di CAEXPO dan CABIS Ke-14.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]