FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatan pengetahuan MIB melalui forum


Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 October 3rd, 2017  |  08:50 AM  |   1888 views

Bandar Seri Begawan

 

 

Forum Khas Melayu Islam Beraja (MIB) berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, sebagai salah satu pengisian Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, di sini.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat pada forum tersebut.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan.

 

Forum dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

 

Manakala ahli-ahli panel terdiri daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar yang menyentuh mengenai usaha kerajaan menyediakan Pendidikan (umum dan ugama) bertaraf antarabangsa dan berciri MIB serta pemantauan berterusan ke arah kesejahteraan rakyat; Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang membincangkan tentang Sejarah Melayu Islam Beraja (MIB) sejak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan amalan doa serta kesannya dalam keharmonian beragama, bermasyarakat dan bernegara juga Ahli Masjlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad yang menyentuh mengenai peluang-peluang yang disediakan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat Kebawah DYMM.

 

Forum diharap akan menjadi satu wadah mengukuhkan taat setia pada kepimpinan pemerintahan beraja dan azam untuk mengekalkan keamanan, kesejahteraan serta kebahagiaan dalam negara MIB yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah serta dengan berasaskan keadilan, amanah juga kebebasan. Ia dipercayai dapat menyuburkan rasa cinta pada negara dan kasih kepada raja.

 

Matlamat forum adalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep MIB di negara ini.

 

Forum dilaratkan di keempat-empat daerah, yang mana di Daerah Tutong, forum akan diadakan pada Rabu, 4 Oktober, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

 

Forum dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Pemberigaan MIB di bawah Jawatankuasa Sektoral Media, Publisiti dan Percetakan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17