Home > Bahasa Melayu
Berkenan hantar perutusan tahniah
Perutusan Tahniah HM – Jerman
October 4th, 2017 | 09:57 AM | 572 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan kepada Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel, kerajaan serta rakyat Republik Persekutuan Jerman sempena dengan Day of German Unity.
Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier, baginda sungguh menghargai persahabatan mesra yang dikongsikan bersama oleh kedua-dua rakyat masing-masing dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan berharap untuk terus meningkatkan persahabatan yang berharga tersebut di tahun-tahun mendatang.
Sementara dalam titah perutusan baginda kepada Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel, baginda berharap semoga Puan Yang Terutama dan rakyat Republik Persekutuan Jerman akan bergembira menyambut perayaan tersebut dan seterusnya berharap akan berpeluang membaharui dan mengukuhkan lagi persahabatan yang mesra di antara rakyat Negara Brunei Darussalam dengan rakyat Republik Persekutuan Jerman termasuk dalam kerjasama yang sungguh bernilai di antara kedua-dua buah negara baik dalam bidang-bidang dua hala dan antarabangsa.
Baginda mengakhiri kedua-dua titah perutusan tahniah tersebut dengan menyampaikan salam muhibah dan kesejahteraan serta kegembiraan kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan kepada Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel dan seterusnya bagi rakyat Persekutuan Republik Jerman akan menikmati perkembangan dan kemakmuran yang berterusan.
Source:
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]