Home > Bahasa Melayu
Aktiviti keagamaan serikan Istiadat Berjaga-jaga
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
October 6th, 2017 | 11:25 AM | 1127 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Istiadat Berjaga-jaga sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta diteruskan pada malam ketiga.
Terdahulu, Istiadat Berjaga-Jaga diadakan di Istana Nurul Iman dilangsungkan di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
Berangkat dan hadir pada istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang dan Manteri-Manteri Pendalaman, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.
Majlis penuh istiadat itu didahului dengan Awang-Awang membawa Dian Majlis dan Bintang Petian.
Bagi memberkati istiadat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Istiadat Berjaga-Jaga bagi kaum wanita juga diadakan dan dihadiri oleh isteri-isteri YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, isteri-isteri Ahli MMN, isteri-isteri Timbalan-Timbalan Menteri, isteri-isteri Pengiran-Pengiran Peranakan, Pengiran-Pengiran Peranakan, isteri-isteri Pehin-Pehin Manteri, isteri-isteri Manteri-Manteri Hulubalang dan isteri-isteri Manteri-Manteri Pendalaman, isteri-isteri Setiausaha-Setiausaha Tetap, isteri-isteri Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan isteri-isteri ketua-ketua jabatan.
Persembahan berkonsepkan keagamaan menyerikan lagi suasana Istiadat Berjaga-Jaga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]